hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 18,766
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 18,766
- Reaction score
- 1,292
- Points
- 201
3kg emas disamun di premis penyimpanan
IPOH: Emas seberat 3 kilogram (kg) dilarikan sekumpulan individu dalam insiden samun di sebuah premis yang dijadikan tempat memproses bahan itu di Jalan Bendahara, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata, pusat kawalan daerah (DCC) menerima panggilan mengenai insiden jam 9.30 pagi tadi membabitkan emas berkenaan yang dilarikan suspek yang menaiki dua kenderaan.
"Berdasarkan maklumat awal, kejadian samun itu membabitkan kilang emas apabila suspek menaiki dua motokar (kereta) warna putih dan warna emas.
"Kerugian yang dialami adalah berupa 3 kilogram emas," katanya dihubungi.
Ditanya bilangan sebenar suspek yang terbabit, Abang Zainal Abidin berkata, perkara itu masih dalam siasatan dengan usaha mengesan suspek kini giat dijalankan.
"Semua elemen petugas sudah dimaklumkan untuk tindakan lanjut. RCJ (Ronda Cegah Jenayah) dan RCJK (Ronda Cegah Jenayah Khas) sudah di tempat kejadian," katanya.
Sementara itu, difahamkan, insiden berlaku ketika pemilik premis ingin masuk ke kenderaan miliknya dipercayai untuk melakukan penghantaran barang kemas kepada seorang pelanggan.
Dijangkakan, polis akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung insiden ini dalam waktu terdekat.
Kredit Berita Harian