BTC USD 99,797.1 Gold USD 2,718.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

39 orang terbunuh, serangan di Pakistan sasarkan etnik punjabi

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,275
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,275
Reaction score
1,004
Points
151

39 orang terbunuh, serangan di Pakistan sasarkan etnik punjabi​

AFP - Ogos 26, 2024 @ 2:53pm


Keluarga mangsa serangan kumpulan pemisah  Tentera Pembebasan Baloch (BLA) membawa pulang jenazah ahli keluarga mereka yang dituntut di Hospital Quetta. - Foto AFP
Keluarga mangsa serangan kumpulan pemisah Tentera Pembebasan Baloch (BLA) membawa pulang jenazah ahli keluarga mereka yang dituntut di Hospital Quetta. - Foto AFP


PAKISTAN: Militan pemisah membunuh sekurang-kurangnya 39 orang dalam serangan "berkoordinasi" di barat daya Pakistan hari ini dan kebanyakannya mensasarkan etnik Punjabi.

Menurut pegawai kerajaan, dalam satu serangan, puluhan militan menghentikan kenderaan yang melalui lebuh raya di wilayah Balochistan dan menembak mati 23 orang - salah satu kes tembakan terburuk di kawasan berkenaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tentera Pembebasan Baloch (BLA) iaitu kumpulan pemisah paling aktif di wilayah berkenaan, mengaku bertanggungjawab atas operasi semalaman dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.

Pegawai kerajaan melaporkan serangan itu berlaku sekurang-kurangnya di tiga daerah di Balochistan yang miskin, yang mana pasukan keselamatan sedang bertempur dengan keganasan, etnik, dan pemisah.


"Kami mengesahkan 39 orang terbunuh dalam beberapa serangan berkoordinasi, dilakukan oleh pengganas BLA," kata Shahid Rind, jurucakap kerajaan wilayah Balochistan. Di daerah Musakhail, antara 30 hingga 40 orang bersenjata menghentikan 22 bas, van, dan trak satu demi satu di sebuah lebuh raya yang menghubungkan Punjabi dengan Balochistan, menurut pegawai kanan Najibullah Kakar.

"Kenderaan yang menuju atau dari Punjabi akan diperiksa dan individu dari Punjabi dikenal pasti dan ditembak," katanya.
Dalam kenyataannya, BLA berkata mereka melancarkan operasi "di lebuh raya di seluruh Balochistan", mendakwa hanya mensasarkan anggota keselamatan.

Kenyataan awal dari kumpulan itu yang diterbitkan selepas tengah malam semalam memberi amaran kepada orang awam Baloch untuk menjauhkan diri dari lebuh raya, sambil menambah sasaran "pertarungan mereka adalah terhadap tentera Pakistan yang menduduki".

Kumpulan itu turut meletupkan sebuah jambatan kereta api di daerah Bolan yang berdekatan, di laluan yang menghubungkan wilayah itu dengan Punjabi dan Sindh, dengan enam mayat ditemui berdekatan, kata Javed Baloch, seorang pegawai kanan kerajaan di daerah itu.

Seramai 10 orang terbunuh di daerah Kalat, termasuk empat pegawai para tentera dan seorang polis yang sedang bertindak balas terhadap insiden berkenaan, kata jurucakap kerajaan wilayah, Rind.

Seorang para tentera Levies yang bekerjasama dengan polis, Nabi Baksh, berkata penyerang menyerbu sebuah hotel dan juga mensasarkan seorang ketua kampung yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pasukan keselamatan.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register