BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

34 digantung kerja kerana solat

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_01.1.jpg

ZAINAB AWEIS, 20, yang merupakan orang Islam Somalia bergambar di hadapan bendera Amerika Syarikat di Seattle.

SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) – Seramai 34 pemandu syarikat sewa kenderaan tempatan Hertz digantung kerja kerana bersolat semasa waktu bertugas.

Pihak pengurusan Hertz sebaliknya memberitahu, tindakan disiplin itu diambil kerana mereka menyalahgunakan waktu rehat.

Disokong kesatuan sekerja, semua pemandu terbabit mengadakan protes di luar kaunter syarikat Hertz di Lapangan Terbang Seattle-Tacoma di sini bagi membantah tindakan majikan mereka.

“Penggantungan ini merupakan pencabulan terhadap hak para pekerja terbabit sekali gus satu diskriminasi agama,” kata setiausaha perbendaharaan sebuah kesatuan sekerja tempatan, Tracey A. Thompson.

Menurutnya, penganut agama Islam dituntut melakukan solat sebanyak lima kali sehari.

Namun, pihak pengurusan Hertz ketika mengulas isu penggantungan kerja itu memberitahu, mereka yang terlibat melanggar perjanjian hak pekerjaan saksama yang dipersetujui dua tahun lalu.

“Isu ini tiada kaitan dengan agama. Beberapa pekerja Islam lain tidak digantung kerja kerana mereka mematuhi masa rehat 10 minit yang diberikan untuk bersolat. Mereka yang digantung kerja sebaliknya mengambil rehat lebih panjang,” kata seorang jurucakap syarikat Hertz, Rich Broome.

Menurutnya, kakitangan yang ingin melakukan solat perlu merekodkan waktu rehat mereka dengan menggunakan kad perakam waktu.

Kenyataan tersebut bagaimanapun disangkal oleh seorang pemandu syarikat berkenaan, Zainab Aweis.

Dalam wawancara bersama akhbar The Seattle Times Zainab memberitahu, beberapa pengurus syarikat Hertz memberitahunya bahawa beberapa kakitangan wanita yang ingin mengerjakan solat telah diarahkan supaya pulang.

“Dia (pengurus berkenaan) berkata, jika anda mahu solat lebih baik anda pulang dan tidak bekerja di sini lagi.

“Saya bertanya kepadanya, adakah ini peraturan baru syarikat, di seterusnya menjawab, ya,” kata Zainab.

– Agensi
 
Hertz denda pemandu Islam

SEATTLE 8 Okt. - Seramai 34 pemandu beragama Islam yang bekerja untuk sebuah syarikat kereta sewa, Hertz Global Holding Inc. mendakwa mereka digantung kerja kerana mengerjakan solat ketika waktu kerja.

Mereka bersama kesatuan buruh mengadakan demonstrasi di luar kaunter Hertz di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di sini baru-baru ini,

''Ia merupakan satu tindakan yang melanggar hak pekerja dan bersifat diskriminasi terhadap agama kepercayaan mereka,'' kata Setiausaha/Bendahari kesatuan itu, Teamsters Local 117, Tracey A. Thompson dalam satu kenyataan.

Hertz berkata, pekerja berkenaan digantung kerja pada minggu lepas kerana melanggar peruntukan perjanjian bersama di bawah Suruhanjaya Peluang Hak Sama Rata Pekerjaan yang dicapai dua tahun lalu.

''Mereka melanggar waktu rehat yang diperuntukkan selain rehat yang diambil melewati waktu solat.

''Beberapa kakitangan beragama Islam lain tidak digantung kerja kerana mereka tidak melanggar peraturan. Ia bukan kerana solat atau agama,'' ujar jurucakap syarikat kereta sewa itu, Rich Broome.

Broome berkata, kakitangan perlu mencatatkan waktu rehat selama 10 minit yang telah diperuntukkan.

''Pengurus telah bertemu dengan pekerja terbabit dan mempamerkan arahan tersebut sebelum tindakan gantung kerja diambil,'' ujarnya.

Bagaimanapun, kesatuan buruh itu berkata, pihak pengurusan Hertz dalam perjanjian tahun lepas bersetuju tidak akan mengarahkan pekerja mencatatkan waktu rehat apabila mereka pergi mengerjakan solat. - AGENSI
 
bengong punya yahudi..
 
nie ler negara yang pandai berkata berkenaan dengan human rights ..

kek negara sendiri pon tak terjaga .. nak bercakap pasal human rights ..


pirraahh mabokkkk ..


:mad::mad::mad:
 
undang2 barat menyusahkan org2 islam tapi undang2 islam adil kepada semua org kenapa org islam sendiri menolaknya????
 
di malaysia pun berlaku..spt dapat aduan dr kawan di kilang area banting olak lempit kilang perabot milik bangsa cina juga menghalang solat
 
ish...kesian sedara kita kena denda sbb nak jalankan kewajipan pada ALLAH tapi kebanyakan kita kat negara nie majikan bagi peluang tapi buat dek je...yang pi solat lak nampak pelik......hish...hish...hish...
 
Back
Top
Log in Register