300 ulama berhimpun di Pondok Tok Kenali, esok

CG Sponsors




oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191

Muhammad Hafiz Humi Wardi (kanan) melihat poster sempena majlis memperingati Tokoh Ulama Nusantara (Haul), Tok Kenali yang akan diadakan di Pondok Tok Kenali di Kubang Kerian. - Nik abdullah Nik Omar



KOTA BHARU: Kira-kira 300 ulama dijangka berhimpun sempena Majlis Memperingati Tokoh Ulama Nusantara (Haul), Tok Kenali yang akan diadakan di Pondok Tok Kenali, di sini, esok.

Bukan sahaja ulama tempatan, majlis itu akan turut dihadiri ulama dari institusi pondok di beberapa negara luar seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan Kemboja.

Program memperingati tokoh ulama itu julung kali diadakan dan seramai 17 deklamator akan berdakwah di pentas sepanjang dua hari program berlangsung.

Pengerusi Pondok Tok Kenali, Muhammad Hafiz Hukmi Wardi, berkata antara ulama yang akan menyampaikan ceramah sempena majlis itu adalah Habib Alwi Muhammad As Segaff dari Pimpinan Majlis Taalim Dalalilul Khairat, Jawa Timur, Indonesia dan Syeikh Abdul Majid Mahmud dari Copenhagen, Denmark.

"Seorang lagi ulama iaitu Ahli Majlis Agama Islam Selatan Narathiwat, Thailand, Baba Abd Rahman Ali Abd Somad turut terbabit sebagai panel dalam slot Wacana Ulama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Program itu adalah anjuran bersama Pusat Pengajian Islam Tok Kenali, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Muhammad Hafiz Hukmi yang juga cicit kepada Allahyarham Tok Kenali berkata, cetusan idea untuk menganjurkan majlis memperingati moyangnya itu adalah bagi menghidupkan institusi Pondok Tok Kenali.

"Kami ingin mengenang kembali jasa arwah Tok Kenali dalam menyampaikan ilmu agama kerana anak muridnya ada di seluruh pelusuk nusantara, malah antara jemputan yang bakal hadir nanti adalah cucu kepada bekas mufti Vietnam.

"Pondok Tok Kenali ini dibuka pada 1911 oleh arwah dan saya adalah waris yang keempat diamanahkan menjaganya dan sehingga kini pusat pengajian ini sudah mempunyai tadika, sekolah rendah, tahfiz dan dalam proses mengadakan kelas pengajian kitab untuk dewasa dan warga emas.

"Selain wacana dan ceramah, semua jemputan akan berarak ke makam Tok Kenali tidak jauh dari sini dan diadakan tahlil ringkas diikuti bacaan doa," katanya.

Program itu akan dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi, pada petang Sabtu ini.









sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/405089/300-ulama-berhimpun-di-pondok-tok-kenali-esok#cxrecs_s






.
 
Sponsored Post

johanariff

Permanently Banned - Multiple Accounts
Joined
Mar 22, 2018
Messages
583
Reaction score
22
Points
15
Acara yg bagus. Tahniah.
Org berdekatan boleh turut serta.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
53,668
Reaction score
6,853
Points
1,746
alhamdulillah, baguslah..
ceramah antara agendanya, bagus sungguh ni
 

cre8tive

Legendary Member
Joined
Oct 14, 2008
Messages
17,160
Reaction score
612
Points
161
Ulama & pemimpin patut duduk semeja utk kepentingan umat islam. Kalau pentadbiran & agama dipisah tgk jelah apa jd kat malaysia. Agama hanya kulit luaran jer.
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,188
Reaction score
1,533
Points
596
terbaik

takbir

Allahuakhbar
 

johanariff

Permanently Banned - Multiple Accounts
Joined
Mar 22, 2018
Messages
583
Reaction score
22
Points
15
Ada live cast dlm youtube ke
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,626
Reaction score
931
Points
161
bangga sbg ex ar rahmah kenali.. hehehe... a lot sweet memories...
 

Ibn Raffar

Super Active Member
Joined
May 19, 2011
Messages
7,002
Reaction score
369
Points
81
300 ulama ni siapa yang lantik.? #tanyaje. Sebab ramai yang merapu sekarang ni.
 

akuehebat

Super Active Member
Joined
Jan 12, 2012
Messages
7,597
Reaction score
444
Points
81
300 ulama ni siapa yang lantik.? #tanyaje. Sebab ramai yang merapu sekarang ni.
ulamak ni pelbagai...
d iktiraf dr segi pelbagai cabang ilmu..
ada ulamak d kenali kerana syair, ada kerana politik, ada kerana hukum hakam, ada kerana tawaduk, tasawuf, ada kerana pendidikan...
benda ni pelbagai..tp asasnya tetap dtg dr satu, iaitu berlandaskan islam..
y jd merapu tu plak,samada memang dia merapu, atau ulamak tersebut d fitnah dgn momokan suuk oleh musuhnya..
kita y xtau, dgr saje fitnah tersebut, akan ckp ulamak tu merapu, walhal ilmu kita, bab wuduk pun fail...
jd, kita dgr berita ulamak tu merapu, x kisah lah d fitnah otau memang merapu, elakkan sebb kita bukan ahli utk pertikaikan..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register