BTC USD 61,967.8 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

300 Pasangan Malaysia Nikah Di Selatan Thailand Setiap Bulan - Konsulat

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,375
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,375
Reaction score
36,369
Points
2,836
Awards
2

300 pasangan Malaysia nikah di Selatan Thailand setiap bulan​



25 Februari 2024 10:25am

2550627.jpg

Konsulat Malaysia di sini mendedahkan hampir 300 pasangan dari Malaysia menikah di Selatan Thailand setiap bulan. Gambar hiasan. Gambar kecil: Ahmad Fahmi


YALA, THAILAND - Konsulat Malaysia di sini mendedahkan hampir 300 pasangan dari Malaysia menikah di Selatan Thailand setiap bulan.

Daripada jumlah tersebut, 60 peratus perkahwinan itu melibatkan berpoligami dan selebihnya kerana tidak mendapat izin keluarga termasuk bernikah dengan pasangan di negara ini.

Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, kebanyakan mereka akan memilih Narathiwat, Yala, Pattani, Songkhla dan Satun untuk melakukan akad nikah.

"Saya ingin berpesan kepada semua pasangan yang bernikah di sini supaya datang dan menyerahkan dokumen tersebut ke pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla untuk pengesahan.

"Kegagalan mendapatkan pengesahan boleh menyebabkan pernikahan pasangan berkenaan tidak boleh didaftarkan di Malaysia," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui di Melayu Day di sini.


2550626.jpeg

Konsulat Malaysia mendedahkan hampir 300 pasangan dari Malaysia menikah di Selatan Thailand setiap bulan.


Menurut beliau, ia juga penting bagi memastikan dokumen pernikahan mereka di sini adalah sah dan telah dinikahkan dengan betul mengikut syarak.

Ujarnya, hal ini kerana ada juga sindiket yang cuba menipu.

"Sebagai contoh pasangan itu sebenarnya tidak menikah dan ada di Malaysia, tidak datang pun ke Thailand.

"Tapi sebaliknya yang berlaku disebabkan sindiket mengambil kesempatan. Tugas kami adalah untuk melihat kembali dan melakukan pengesahan," katanya.

Ahmad Fahmi memberitahu, hanya dengan pengesahan konsulat sahaja pasangan ini boleh daftar perkahwinan di Selatan Thailand apabila pulang ke Malaysia.

Tambah beliau, sudah tentu apabila mereka balik ke Malaysia untuk mendaftar, mestilah kena denda dan sebagainya.

Ujarnya, jika tidak berbuat demikian akan timbul banyak masalah terutama melibatkan anak-anak serta harta.


 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register