30 alasan sebab tak nak kahwin....dah jadi kebiasaan

CG Sponsors




BizClub

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2005
Messages
7,034
Reaction score
157
Points
78
1."Duit dah tak ada". Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama.

2. "Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin". Padahal kerja bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati". Padahal memilih sangat, tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.

4."Tak datang seru lagi kot". Padahal awek atau pakwe keliling pinggang.

5."Banyak sangat halangan". Padahal diri belum bersedia.

6."Belum bersedia la". Padahal cukup segala syarat2 nya.

7. "Ilmu tak cukup la". Padahal dah ada master atau PHD.

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi. Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je. Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung inikan pulak nak tanggung dosa isteri". Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan mencari ilmu secukupnya dan tak pernah mencuba pun. Padahal Allah dah berfirman yang bermaksud Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan bergitulah sebaliknya.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan". Padahal tak reti pon nak bercinta.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la". Padahal tak buat kerja apa pon.

11."Busy la, banyak keje nie". Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan sunnah nabi.

12."Jodoh tak sampai lagi kot". Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.

13."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat". Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.

14."Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi saya tak suka la, lepas tu dia heret kita kehulu kehilir". Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.

15. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka". Padahal tak pernah ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai. Sedangkan kita selalu buat perkara yang org lain tak suka.

16. "Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la". Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.

17. "Lelaki nie suka pasang ramai org sangat". Padahal ramai artis2 lelaki yang dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula nak terhegeh-hegeh.

18. "Lelaki memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak". Padahal pentingkan diri- sendiri.

19. "Nak carik yang solehah/soleh lah". Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur je.

20. "Suka yang pakai tudung labuh je". Padahal masih pakai seluar pendek, mandi masih ikut style koboi.

21. "Nak dapat yang berkekalan sehingga ke akhir hayat". Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada yang kaya saja.

22. "Masalah la". Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.

23. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la". Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran sebab dating selalu. Memang dah dungu dah....( kueng kueng kueng....)

24. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya". Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum.

25. "Tak mau la bercinta, dok seorang lagi seronok, tak lah dikongkong, tak akan terluka, jimat duit sikit". Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila. Cemburu tengok org kahwin. Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.

26. "Payah la nak jaga hati masing-masing". Padahal makan hati banyak sangat, sensitive sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan, lepas tu suka sangat main hujan, main api, main mata, main2 dan sebagainya.

27. "Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2, tapi satu pon tak lekat. Memang dah tak ader jodoh kot". Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada kerpercayaan pada org lain. Suka dengar cerita daripada org lain, suka buat orang yang kita sukai meluat, perangai macam setan, suka berjudi, suka tikam nombor ekor dll

30. "Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah". Padahal tau boleh kahwin sampai 4 ikut sunnah...



mesti ada yang pernah buat kan....


:eek:
 
Sponsored Post

fine net

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 5, 2007
Messages
43,403
Reaction score
336
Points
136
aku tggl tggu duit ckup je...pas2 go on...hehehehehe..
 

LuvHoneY

Super Active Member
Joined
May 24, 2008
Messages
6,787
Reaction score
39
Points
70
:-?..tggu sape yer...:">:">
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
:)moga ku berjaya membina rumahtangga yg aman n bahagia dunia akhirat..amin
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
:-?..tggu sape yer...:">:">
adeh akak ku ini......

doa bnyk2 kak......

solat hajat, istikarah tiap2 malam......:">:">:">

insyaAllah, Allah akan berikan.......:">:">:">:">
 

LuvHoneY

Super Active Member
Joined
May 24, 2008
Messages
6,787
Reaction score
39
Points
70
adeh akak ku ini......

doa bnyk2 kak......

solat hajat, istikarah tiap2 malam......:">:">:">

insyaAllah, Allah akan berikan.......:">:">:">:">
macih dik..:">
krn memahami diriku ini...:D:">
 
Sponsored Post
Top
Log in Register