30,000 tan sisa makanan setiap hari pada 2020

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
30,000 tan sisa makanan setiap hari pada 2020

SHAH ALAM: Belajar kitar semula sisa makanan anda atau kerajaan akan menanggung beban menguruskan 30,000 tan metrik sisa makanan setiap hari menjelang tahun 2020, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin, hari ini.

Beliau berkata, pada masa sekarang kerajaan membelanjakan lebih RM1 bilion untuk menguruskan sisa pepejal di Semenanjung sahaja.

"Saya tidak ada angka terkini tetapi pada tahun 2005 sahaja kerajaan telah menguruskan 7.34 juta tan metrik sisa pepejal iaitu purata lebih 20,000 tan metrik sehari.

"Semua pihak perlu bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing supaya kita tidak perlu mengurus sisa pepejal yang banyak kerana ia akan membabitkan kos yang sangat tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Bengkel "Penglibatan Orang Ramai Untuk Meningkatkan Pengurusan sisa Pepejal" di sini.

Beliau berkata, secara umum masih ramai rakyat negara ini yang tidak mempunyai kesedaran bahawa sisa makanan boleh dikitar semula untuk dijadikan baja walaupun kempen kitar semula telah dilancarkan dua kali iaitu pada tahun 1993 dan 2000.

Justeru, katanya, usaha meningkatkan kesedaran itu harus digiatkan. - Bernama
 
Sponsored Post

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Beliau berkata, secara umum masih ramai rakyat negara ini yang tidak mempunyai kesedaran bahawa sisa makanan boleh dikitar semula untuk dijadikan baja walaupun kempen kitar semula telah dilancarkan dua kali iaitu pada tahun 1993 dan 2000.
Masalahnya kebanyakan tanah dekat Malaysia ni bukan buat ladang tanaman/bunga tapi buat bangunan, mana nak guna baja tu... fikir lah jauh sikit.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register