3 soalan bukan Islam untuk ustaz PAS

CG Sponsors




serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
Wahai ustaz-ustaz PAS sekalian,

Diharap ustaz-ustaz dapat membantu saya dalam mencari jawapan-jawapan terhadap beberapa kebuntuan dan persoalan saya mengenai agama Islam dan juga isu hangat yang sedang dibincangkan sekarang mengenai kalimah Allah.

Untuk makluman ustaz-ustaz, saya pernah membaca buku al-Quran demi memahami intipati saranan ajaran Islam yang dipeluk oleh beribu juta manusia ciptaan Tuhan (Bolehkah saya menggunakan perkataan Allah di sini?). Walaupun pernah membacanya, masih ada banyak perkara yang saya tidak faham mengenai ajaran Islam; mungkin sebab itulah sehingga kini saya tetap tergolong dalam kategori seorang yang kafir.

Soalan 1: Perkara-perkara haram.

Mengapa umat Islam mempunyai perasaan berbeza terhadap perkara-perkara dan benda-benda yang dikelaskan sebagai haram di dalam ajaran Islam? Umpamanya – mengapa umat Islam lebih senang merasa jijik dan mempunyai ketahanan diri yang jauh lebih tinggi terhadap binatang haram seperti khinzir daripada perkara-perkara seperti rasuah, berjudi, berminum arak dan berzina sedangkan perkara-perkara ini sama haramnya di sisi agama Islam?

Adakah fenomena ini berlaku disebabkan budaya kita yang suka untuk membezakan bangsa atau kesilapan proses pengajaran dan penghayatan terhadap agama Islam itu sendiri? Bagaimana ustaz-ustaz sekalian boleh memperbetulkan keadaan ini supaya umat-umat Islam boleh menjauhkan diri dan merasa jijik terhadap benda-benda haram secara sama rata tanpa ada tafsiran tersendiri?

Soalan 2: Persoalan mengenai khutbah.

Di sini saya ingin memberikan satu senario untuk dibahaskan bersama ustaz-ustaz sekalian. Setahu saya, ramai ustaz yang memberikan ceramah agama di masjid-masjid. Persoalan pertama saya, adakah ustaz-ustaz menyediakan khutbah-khutbah itu sendiri ataupun khutbah ini telah disediakan oleh orang lain untuk dibaca ustaz-ustaz sekalian sahaja?

Andai kata jikalau khutbah yang disediakan (sama ada sendiri ataupun orang lain) itu bermasalah dan mempunyai unsur menyeleweng daripada agama Islam, apakah hukum dan tahap dosanya terhadap ustaz-ustaz yang masih sanggup membacanya kepada para hadirin solat sekalian kerana takut dikenakan hukuman manusia seperti penarik-balikan sijil tauliah mereka?

Jika benar perkara di atas berlaku, apakah yang perlu dilakukan oleh ustaz-ustaz untuk mengatasi masalah di atas dalam membendung terlahirnya lebih banyak umat Islam yang berfikiran sempit di dunia ini?

Soalan 3: Kalimah Allah dan nama baik Islam.

Pada pendapat saya, sebuah negara yang majoritinya Muslim perlu sentiasa kelihatan bersih, amanah, cekap dan berintegriti di mata rakyat dan juga dunia. Sebarang kecalaran pada imej negara tersebut akibat amalan rasuah yang berleluasa, kroniisme, nepotisme dan tidak menghormati undang-undang patut dilihat sebagai satu penghinaan besar terhadap nama baik Islam. Sedihnya, sehingga kini tidak banyak pertubuhan gerakan Islam (selain PAS) menggerakkan jentera untuk membantah atau memboikot parti pemimpin yang merosakkan nama baik Islam.

Dalam isu kalimah Allah ini pula, umat-umat Islam negara kita telahpun mula menggerakkan bantahan demi bantahan sekitar negara dengan alasan untuk menjaga kalimah Allah daripada dihina dan disalahgunakan. Semangat “sediakan payung sebelum hujan” di sini amatlah dikagumkan, tapi perkara ini juga amat membinggungkan banyak orang kafir seperti saya, kerana, kebanyakan kami hairan mengapa pula semangat yang membara ini tidak wujud dalam hal isu menjaga nama baik Islam daripada dikaitkan dengan amalan rasuah, kroniisme dan nepotisme yang dipraktikkan secara terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin negara kita.

Wahai ustaz-ustaz PAS sekalian,

Mengapa umat Islam tidak pula mempunyai semangat yang membara (seperti semangat yang ditunjukkan dalam mempertahankan kalimah Allah daripada disalahgunakan) terhadap penghinaan terhadap nama baik Islam akibat perbuatan pemimpin-pemimpin Muslim yang jauh menyeleweng daripada ajaran Islam walaupun setelah 29 tahun lamanya? Adakah ini menunjukkan nama baik Islam tidak lebih penting daripada kalimah Allah? Saya rasa sudah tentu tidak, akan tetapi saya tidak tahu di mana silapnya. Adakah ustaz-ustaz sekalian tahu jawapannya?

Sekiranya semangat yang membara dalam menjaga kalimah Allah ini dapat diaplikasikan oleh umat Islam secara sama rata dalam hal penjagaan nama baik Islam daripada diseleweng pemimpin-pemimpin negara yang jahat; sudah pasti kejadian-kejadian seperti kehilangan enjin pesawat, kematian saksi di MACC, bumbung-bumbung bangunan yang sering keruntuhan, skandal kes pembunuhan, pembelian RM42,000 untuk komputer dan katak-katak diutamakan daripada rakyat tidak akan berlaku. Betul tak?

Itulah sahaja soalan-soalan daripada saya pada masa ini. Diharap dapat mendengar jawapan daripada ustaz-ustaz PAS yang sudi menjawab. Saya memohon beribu ampun sekiranya terdapat silap bahasa dan ketelanjuran ayat-ayat saya yang menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Buku ilmiah dibawa belayar,
Untuk dibaca mencari tema,
Niat saya mahu belajar,
Bertanya demi muafakat bersama.

-------------------------------------------
Li Fook Gao @ Tohkong Mosjid
 
Sponsored Post

serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
ape ye jwpn nya ?
malunya saya dengan soalan ni adakah saudara berugama islam jika ya ...kemana perginya pengetahuan saudara tentang apa yang di tanya tak perlu saudara bertanya ape ye jwpn nya...sepatutnya setiap umat islam lebih memahami ...itu pun yang mengikut ajaran islam sepenuhnya sedihnya.......
 

sollihin_85

Fun Poster
Joined
Apr 29, 2009
Messages
389
Reaction score
1
Points
15
malunya saya dengan soalan ni adakah saudara berugama islam jika ya ...kemana perginya pengetahuan saudara tentang apa yang di tanya tak perlu saudara bertanya ape ye jwpn nya...sepatutnya setiap umat islam lebih memahami ...itu pun yang mengikut ajaran islam sepenuhnya sedihnya.......
aku nk tau jwpn ustaz pas ler..

ko ingt semua org ada ilmu tggi cm ko ker?

ape la ko nie..
 

serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
aku nk tau jwpn ustaz pas ler..

ko ingt semua org ada ilmu tggi cm ko ker?

ape la ko nie..
tak perlu jawapannya mcm saya katakan tadi setiap umat islam tahu akan jawapanya.... selama didalam kandungan ibu lagi kita di dendangkan benda yang bagus dah mengikut acuan islam setelah di lahirkan telinga kita didengari dengan kalimah allah setiap malam kita dibuai dengan kesahduan zikirlah dah mencapai tahap kepetahan berkata kita di seru dengan nama nabi dah allah ...setelah mencapai akil baligh kita diberitahu hukum halal haram.... saudara masih tidak mendapat jawapanya lagi ke .... semuga di rahmat oleh allah ....
 

sollihin_85

Fun Poster
Joined
Apr 29, 2009
Messages
389
Reaction score
1
Points
15
tak perlu jawapannya mcm saya katakan tadi setiap umat islam tahu akan jawapanya.... selama didalam kandungan ibu lagi kita di dendangkan benda yang bagus dah mengikut acuan islam setelah di lahirkan telinga kita didengari dengan kalimah allah setiap malam kita dibuai dengan kesahduan zikirlah dah mencapai tahap kepetahan berkata kita di seru dengan nama nabi dah allah ...setelah mencapai akil baligh kita diberitahu hukum halal haram.... saudara masih tidak mendapat jawapanya lagi ke .... semuga di rahmat oleh allah ....[/QUOTE

ko ni ckp bersastera btul..

tpulang ko lah, aku da cube berbaik sgka.

Salam :((
 

serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
tak perlu jawapannya mcm saya katakan tadi setiap umat islam tahu akan jawapanya.... selama didalam kandungan ibu lagi kita di dendangkan benda yang bagus dah mengikut acuan islam setelah di lahirkan telinga kita didengari dengan kalimah allah setiap malam kita dibuai dengan kesahduan zikirlah dah mencapai tahap kepetahan berkata kita di seru dengan nama nabi dah allah ...setelah mencapai akil baligh kita diberitahu hukum halal haram.... saudara masih tidak mendapat jawapanya lagi ke .... semuga di rahmat oleh allah ....[/QUOTE

ko ni ckp bersastera btul..

tpulang ko lah, aku da cube berbaik sgka.

Salam :((

mudah -mudahan tuan dirahmati ditahun baru ini segala kerja dan amal saudara akan direhdai... mudah-mudahan saudara join cg ini dapat sedikit ilmu yang mana kami disini sedia untk membantu ..mendekatkan diri saudara dengan yang esa.

wslam ...
 

masterpiece

Fun Poster
Joined
Feb 3, 2008
Messages
119
Reaction score
0
Points
10
saya setuju ngan TT... sepatutnya kite sbagai umat islam lebih tahu dan memahami setiap perbuatan dan tindakan yang kite utarakan atau perjuangkan... masalahnya, dimana kesilapan kite sebagai umat islam sehingga kite turut tercari-cari seperti penulis pada post TT... itu yg patut kite renungkan dan fikirkan... itu yang lebih penting daripada mencari jawapan kepada soalan soalan tersebut... wallahua'lam...
 

jkbkk75

Active Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
1,084
Reaction score
10
Points
25
persoalan yg tak perlukan jawapan tetapi apa yang perlu hanyalah keinsafan dan pengertian..bagi mereka yg mahu megerti:)cgrock
 

srikandi_syahid

Active Member
Joined
Oct 22, 2009
Messages
1,052
Reaction score
6
Points
25
Sy bkn Ustaz ataupun Ustazah...
Soalan2 yg ditanyekan ini adlh soalan yg luas skopnye,maka adlh sukar bg sy utk menjawabnye...
Tp pendapat pribadi sy mslh nie berasal dpd budaya kite,masyarakat kite...masyarakat yg berpaksikan kpd pendidikan,kehidupan,ekonomi & perundangan sekular yg menjadikan ati kita gelap utk mnerima kmanisan Iman..minda kita,ati kita mjd spti mreka2 yg sekular....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register