BTC USD 58,693.5 Gold USD 2,584.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 sekeluarga maut dalam kebakaran diklasifikasikan kes bunuh, polis buru Azman

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,986
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,986
Reaction score
6,428
Points
881
Awards
1
3 sekeluarga maut dalam kebakaran diklasifikasikan kes bunuh, polis buru Azman

AZMAN Mohamed diburu bagi membantu siasatan kes bunuh terhadap tiga sekeluarga. FOTO ihsan PDRM
AZMAN Mohamed diburu bagi membantu siasatan kes bunuh terhadap tiga sekeluarga. FOTO ihsan PDRM
Muar: Kes kebakaran yang meragut nyawa tiga sekeluarga di sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, pagi semalam, bertukar menjadi kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, ia berikutan laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa mendapati terdapat unsur jenayah.

Beliau berkata, susulan laporan itu, kes pada awalnya disiasat sebagai mati mengejut kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 436 dan Seksyen 326 kanun sama.

"Seksyen 436 ialah melakukan khianat menggunakan api manakala Seksyen 326, menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata kepada mangsa yang hidup.

"Usaha mengesan suspek utama kejadian kebakaran itu yang dikenali sebagai Azman Mohamed, 48, giat dilakukan.

"Orang ramai mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Siti Rohayu Salih di talian 016-2199592 atau hubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, 06-9564800 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Raiz Mukhliz berkata, polis giat mengesan lelaki terbabit membantu siasatan berhubung kebakaran yang meragut nyawa tiga sekeluarga itu.

Suspek adalah anak pasangan warga emas, Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abd Hamid, 76, selain bapa saudara kepada arwah Noradriana Nor Hisyam, 11, yang maut tragedi menyayat hati itu.


Lelaki itu yang masih bujang dilaporkan menghilang diri selepas kejadian itu dengan menunggang sebuah motosikal.

Ketika kejadian, suspek berlima tinggal di rumah terbabit namun seorang daripadanya terselamat dan kini menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
 
Sponsored Post

Suami isteri warga emas, cucu maut dalam kebakaran

Zulhisham Isahak9 August 2024
WhatsApp-Image-2024-08-09-at-11
Tiga beranak maut dalam kebakaran di Jalan Sekolah, Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar, awal pagi tadi.
MUAR – Sepasang suami isteri warga emas dan seorang cucunya maut dalam kebakaran di Jalan Sekolah, Kampung Paya Redan, Pagoh dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, isterinya, Ara Abdul Hamid, 76, rentung di tempat kejadian dan Noradriana Nor Hisyam, 11, difahamkan meninggal dunia di hospital.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.25 pagi.

“Susulan itu seramai 21 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Apabila sampai kebakaran itu melibatkan rumah jenis separuh kekal berkeluasan 3.7X5.5 meter terbakar 85 peratus.

“Warga emas lelaki dan wanita ditemukan rentung pada pukul 2.40 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, operasi tamat pada pukul 4.24 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhlis Aziz berkata, seorang lagi penghuni yang juga cucu kepada mangsa berkenaan, Norazima Mohd Radhi, 14, dilaporkan cedera di kepala dan masih dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

“Kesemua mayat mangsa kini telah dihantar Unit Forensik HPSF untuk bedah siasat,” katanya. – MalaysiaGazette
 
Suspek kes bunuh, bakar tiga sekeluarga dituduh esok

Sinar Harian
Sinar Harian
Ogos 19, 2024 07:45 MYT

Suspek kes bunuh, bakar tiga sekeluarga dituduh esok
Suspek kes bunuh dan bakar tiga sekeluarga di Pagoh akan dituduh esok. - Gambar/ Sinar Harian

MUAR: Suspek utama dipercayai membunuh ibu dan bapa serta anak saudaranya sebelum membakar rumah mereka di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini pada 10 Ogos lalu, akan dituduh di mahkamah pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan suspek berusia 48 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Muar.

Difahamkan, lelaki berusia 48 tahun itu akan berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Suspek juga akan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata.

Pada Rabu lalu, suspek yang diburu selama lima hari ditahan ketika merayau di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Muar.

Suspek dikatakan bertindak melarikan diri dengan meninggalkan motosikal yang ditunggangnya di Hentian Bas Bentayan di sini sebelum menaiki bas ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasek Selatan.

Sinar Harian pada 9 Ogos lalu melaporkan, tiga sekeluarga maut apabila rumah didiami mereka musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Sekolah, Kampung Paya Redan, Pagoh di sini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, sepasang suami isteri warga emas dan cucu perempuan mereka maut manakala seorang lagi cucu cedera.

Mangsa yang maut di lokasi kejadian ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76.

Cucu kepada pasangan berkenaan, Noradriana, 11, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Kejadian itu turut menyebabkan, Norazima Mohd Radhi, 14, patah tangan dan cedera di kepala disyaki dipukul.

Jenazah Mohamed Nor dan Ara masing-masing dikebumikan dalam satu liang lahad bersebelahan pusara cucu dan anaknya, Nurul Armiza, Jumaat lalu. -
#kes bunuh dan bakar #ahli keluarga #Muar #kes mahkamah
 
Azman Di Dakwa Bunuh Tiga Ahli Keluarga, Mengaku Pukul Norazima

20.08.2024 - Suspek utama yang dipercayai membunuh ibu, bapa serta anak saudaranya sebelum membakar kediaman didiami mereka di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini, 9 Ogos lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Tertuduh, Azman Mohamed Noh, 48, hanya menyatakan faham mengenai pertuduhan dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh ke atas Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82; Ara Ab. Hamit, 76 dan Noradriana Nor Hasyim, 11, antara pukul 1 pagi sehingga 3 pagi di rumah alamat No.33, Jalan Sekolah Kampung Paya Redan, dalam daerah Muar pada 9 Ogos 2024. Sabit kesalahan tertuduh hendaklah dihukum mati atau penjara bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 sebatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Arif Marzuki memohon tarikh sebutan semula ditetapkan dalam tempoh dua bulan bagi serahan laporan forensik serta kimia susulan pertuduhan melibatkan tiga mangsa. Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 24 Oktober sebagai sebutan semula bagi serahan dokumen. Dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Nariman Badruddin tertuduh juga didakwa telah menyebabkan cedera parah ke atas Norazmina Mohd. Razi,14, dengan menggunakan sebatang kayu iaitu satu senjata yang boleh menyebabkan kematian jika digunakan sebagai senjata. Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dah hendaklah dikenakan denda atau sebat.

Azman bagaimanapun membuat pengakuan salah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir kemudian memohon tarikh baharu bagi serahan fakta kes, manakala Azman tidak diwakili peguam. Nariman kemudian menetapkan 29 September depan bagi penetapan hukuman. Terdahulu, Kosmo! melaporkan, suspek direman selama tujuh hari sejak Rabu lalu selepas lima hari melarikan diri dan dicekup ketika merayau-rayau di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Azman menjadi buruan polis selepas disyaki membunuh ibu dan bapanya, serta anak saudara berusia 11 tahun sebelum bertindak membakar rumah pusaka didiami mereka. Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi, Jumaat lalu, dua warga emas ditemui rentung 80 peratus di dalam sebuah bilik selepas rumah didiami lima sekeluarga hangus terbakar dijilat api.

Kanak-kanak itu pula disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini selepas mengalami kecederaan parah pada kepala akibat hentakan objek tumpul. Kejadian itu turut menyebabkan, Norazima patah tangan dan cedera di kepala disyaki dipukul suspek.
1724127281223.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register