3 Sebab Mengapa Golongan Muda Perlukan Insurans

CG Sponsors




easicircle

Fun Poster
Joined
May 27, 2014
Messages
394
Reaction score
81
Points
20
Tempoh Menunggu atau (Waiting Period)

Sesetengah individu masih kurang jelas atau tidak tahu tentang apa itu tempoh menunggu dan hanya akan mendapatkan perlindungan insurans setelah didiagnos dengan penyakit tertentu. Di sini anda perlu faham tempoh menunggu ini adalah tempoh masa yang telah dinyatakan jelas di dalam polisi.

Bergantung kepada syarikat insurans ada yang tempoh menunggu selama 90 hari dan ada juga yang melebihi 90 hari tempoh menunggu. Namun jika wujud masalah kesihatan seperti yang termaktub dalam syarat dan ketentuan polisi sewaktu tempoh menunggu, berkemungkinan anda tidak dapat melakukan tuntutan kepada syarikat insurans.

Oleh sebab itu amatlah penting mempunyai kesedaran untuk melindungi diri dan keluarga dengan perlindungan insurans sewal mungkin. Elakkan bertangguh kerana sakit atau musibah boleh berlaku pada bila-bila masa. Sekiranya sudah terlindung awal maka anda mampu mendapatkan manfaat perlindungan kerana telah melalui tempoh menunggu tersebut.

Perlindungan Lebih Murah dan Komprehensif

Tahukah anda premium insurans akan bertambah mengikut peningkatan usia? Jadi adalah lebih baik dapatkan perlindungan diusia muda supaya anda mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan polisi insurans yang komprehensif dan premium lebih murah berbanding mengambil perlindungan ketika anda telah sakit dan berusia.

Perlindungan Awal Daripada Sebarang Penyakit

Di era serba moden masa kini tidak mengira peringkat usia muda atapun tua semua orang berisiko menhidap pelbagai penyakit terutama penyakit kardiovaskular. Kesibukan akibat rutin kerja mengakibatkan kebanyakan individu mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Sebagai contoh kekangan masa mendorong seseorang itu memilih makanan segera (Fast Food) sebagai menu harian kerana mudah dan cepat. Walaupun ternyata makanan yang diproses mengandungi lemak trans, garam dan bahan pengawet. Amalan gaya hidup tidak sihat secara tidak langsung menjadi faktor penyumbang kepada ramai di kalangan golongan muda berisiko menghidap penyakit kardiovaskular diusia muda. Oleh yang demikian adalah lebih baik lindungi diri anda daripada sebarang kemungkinan, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Sekiranya telah disahkan menghidap penyakit maka anda perlu tahu akan ada pengecualian terhadap penyakit tersebut.
 
Top
Log in Register