3 'saudagar ganja' terkedu

CG Sponsors




irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
3 'saudagar ganja' terkedu
2010/01/19

KUALA LUMPUR: Tiga sahabat karib yang juga ‘saudagar ganja’ yang sedang leka memotong dan membungkus daun ganja tergamam apabila kediaman mereka diserbu, malam kelmarin.

Semua mereka yang berusia 30-an dikesan menjadikan rumah sewa mereka di pangsapuri Vista Angkasa, Kerinchi di sini, sebagai kilang pemprosesan untuk memotong daun ganja mampat sebelum dibungkus dalam plastik kecil dan dijual pada harga sekitar RM10 sebungkus.


Dalam serbuan jam 8.30 malam itu, polis turut merampas lebih dua kilogram dadah dipercayai ganja mampat bernilai kira-kira RM4,000 dan beberapa peralatan yang digunakan untuk membungkus bahan haram berkenaan.


Timbalan Ketua Polis Brickfields, Superintendan Azri Abdul Rahman, berkata semua suspek berusia antara 35 dan 38 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hasil maklumat orang awam. Menurutnya, polis yang bertindak atas maklumat menyerbu rumah pangsapuri itu dan menahan tiga lelaki yang masing-masing bekerja sebagai pemandu, pembantu kantin dan penghantar surat. “Ketika serbuan, ketiga-tiga suspek sedang asyik memotong daun ganja dan membungkusnya dalam plastik kecil.


“Hasil serbuan itu, polis menemui dua ketulan mampat daun kering dipercayai ganja seberat 1.9 kilogram disembunyikan dalam almari di sebuah bilik rumah itu,” katanya di sini, semalam. Katanya, polis turut menemui sembilan peket plastik kecil berisi ganja dengan berat 100 gram setiap satu, peralatan menghisap dan papan pemotong yang digunakan untuk memotong ganja sebelum dibungkus. “Ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif mengambil ganja dan seorang daripada mereka turut mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan penyalahgunaan dadah,” katanya.


RAMPAS...ganja siap dipotong.


Ganja mampat yang dirampas.
 
Sponsored Post

aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
confirm kena gantung .... betul2 tak takut mati
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Kalau nak tahu, Kuching adalah tempat yang paling mahal Ganja di dunia ini... RM 10 di KL = Rm 50 - Rm 100 di sini...:eek::eek::eek:
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
rumah nemo ke ni?:eek:
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Kalau nak tahu, Kuching adalah tempat yang paling mahal Ganja di dunia ini... RM 10 di KL = Rm 50 - Rm 100 di sini...:eek::eek::eek:
jom ah buka ladang :))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register