3 rentung, RM13.3j kerugian dalam kebakaran kilang

CG Sponsors




notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
SUNGAI BULOH,:Akibat sukar mencari jalan keluar, tiga daripada 15 pekerja sebuah kilang perabot di Jalan Welfare, Kampung Baru di sini rentung dalam kebakaran yang melibatkan kerugian kira-kira RM13.3 juta awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.15 pagi itu, ketiga-tiga mangsa warga Bangladesh yang bekerja di bahagian jahitan yang terletak di bahagian tengah kilang itu dipercayai terperangkap ketika mencari jalan keluar, manakala seorang lagi pekerja cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya Azmin Che Man berkata mayat ketiga-tiga mangsa yang dikenali sebagai Abdul Quiyum, 25, Abdul Latif, 23 dan Abu Duyub, 26, ditemui dalam keadaan tertiarap dan terlentang, malah seorang daripadanya dihempap mesin jahit.

“Mayat ketiga-tiga mangsa tidak jauh di antara satu sama lain. Siasatan awal kita mendapati mangsa cuba menyelamatkan diri namun tidak menemui jalan keluar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.






Beliau berkata ketika itu terdapat 15 orang pekerja yang sedang bekerja syif malam dan kejadian dipercayai berlaku ketika waktu rehat.




“Ketiga-tiga mangsa dipercayai sedang berehat di dalam kilang dan api dikatakan bermula di bahagian belakang kilang. Mangsa yang cedera tidak dapat dikenal pasti identitinya kerana mangsa sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Seramai 28 anggota termasuk lima pegawai bersama lima jentera dari Balai Bomba Sungai Buloh, Balai Bomba Shah Alam, Balai Bomba Petaling Jaya dan Balai Bomba Bukit Jelutong dihantar ke tempat kejadian.

Katanya api berjaya dikawal pada jam 2.50 pagi dan punca kebakaran masih disiasat. - Bernama
 
Top
Log in Register