BTC USD 51,314.9 Gold USD 1,840.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 Ras Utama Bangsa Pasca Banjir Besar Nabi Nuh A.S

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,206
Reaction score
12,600
Points
2,376
FB_IMG_1590640360652.jpg

KUPASAN :: 3 RAS UTAMA BANGSA .
.
.
Part l
.
.

Sedutan kupasan tentang 3 Ras bangsa selepas surutnya banjir ::

Lalu 3 orang adik beradik lelaki yang sebelum itu menaiki bahtera selama 150 hari ,40 hari hujan lebat tiada hentinya .maka selepas surutnya paras air yang menenggelami seluruh dunia ,bahtera yang dinaiki telah selamat berlabuh di sebuah kawasan yang dinamakan bukit Judi .selepas itu ,masing masing daripada adik beradik ini telah berpecah mengikut haluan masing-masing .ada yang ke selatan (Benua Afrika) ,ada yang ke Utara (ke Benua Eropah ,Balkan dan Siberia) dan ada yang menetap disekitarnya (Timur Tengah ,Parsi ,selatan Turki ,Tanah Syam) .maka dari ras 3 beradik ini telah mewujudkan teras kepada ras bangsa awal peradaban Tamadun ::
.
.
.

Sam Bin Nuh (Shem ,Semitic)

- Elam (
- Asyur (mesopotamia)
- Aram (mesopotamia-arab)
- Arpakhsad .
- Lud (kaum nabi luth ,Soddom and Gomoroth)
- leluhur bangsa Yahudi dan Arab (melalui shem inilah lahirnya ras Semitic) .
.
.
.
Ham Bin Nuh

- Kush (Utara Afrika)
- Misraim (Mesir ,Misrahim nama asalnya)
- Phut
- Kanaan (kaum pribumi tanah palestin)
.
.
.

Yafet Bin Nuh

- Yawan:: Yunani (Ionia) .

- Magog:: Skitia, Slavia, Ireland, Hungary .

- Madai:: Mitani, Manai, Media, Parsi, Indo-Arya, Kurdi .

- Tubal :: Tabal, Georgia, Itali, Iliria, Iberia, bangsa Basque

-Tiras:: Traisa, Goth, Jute, Teuton

- Mesekh:: Frigia, Iberia Caucasus, Algonkia

- Gomer:: Skitia, Turki, Armenia, Welsh, Pikt, Ireland, Jerman
.
.
.
===============================================

Maka ,kesemua ras leluhur ini telah membentuk dengan lahirnya ratusan jenis bangsa di zaman Moden sekarang .kesemuanya mendiami di tiap tiap Benua seperti Afrika ,Eropah dan Asia .

Maka ,bagaimana pada zaman dahulu wujudnya lagi tamadun di Benua Utara dan Selatan Amerika ?

Dari ras yang mana melahirkan ras tamadun Mayan ,Aztec ,Inca ,Huacha ,Indian , Olmeg dan berpuluh puluh kota tamadun telah wujud di Benua yang pernah digelarkan "Dunia Baharu" ini ?

Sambung ke Part ll~

Radz Von Koenigstraud Xiv
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,206
Reaction score
12,600
Points
2,376
FB_IMG_1590812944365.jpg

KUPASAN :: TIGA RAS UTAMA KEPADA NEGARA BANGSA

.
.

PART II

.

Bismillah~

.
.

Disambungkan dari artikel sebelum ini ,setelah aku menceritakan tentang asas pembentukan semula populasi manusia oleh anak anak Nabi Nuh yang bernama Sam Ham dan Yafet .maka aku perincikan sedikit kisah mengenai tempoh disaat kerasulan Nabi Nuh sehinggalah tiba masanya bahtera belayar .semua orang tahu bahawa dari permulaan nabi adam diturunkan ke bumi sehinggalah bah banjir melanda ,generasi dari bani adam ini mempunyai umur yang panjang sedangkan nabi Nuh sendiri mempunyai umur sebanyak 950 tahun .
.

Pada berumur 480 ,ketika umur inilah bermulanya saat kerasulan Nabi Nuh Alaihisalam .selama 500 tahun baginda berdakwah ,namun hanya sebahagian kecil sahaja yang mengikutinya dan ketika zaman sebelumnya terjadi banjir besar ,para manusia telah ingkar dengan wasiat nabi adam ,lalai didalam melakukan kemungkaran ,penyembahan berhala dan kemaksiatan berleluasa .malangnya dakwah nabi Nuh sentiasa diherdik dan dicerca terutama dari isterinya sendiri dan anak lelakinya yang bernama Kanaan .ketika nabi Nuh mencapai umur 600 tahun ,Allah telah berfirman kepadanya untuk bersiap sedia akan tibanya kepada waktu peristiwa jadinya banjir besar bakal melanda .
.
.

Link mengenai pembukaan Bab "Tiga Ras Utama Negara Bangsa" ,

.

================================================

.
.

SELEPAS SURUTNYA PERISTIWA BANJIR BESAR .

Dengan keluarnya dari perut bumi dan turunnya hujan dari langit ,seluruh daratan dunia ditenggelami sepenuhnya ,bersama dengan hidupan yang tiap tiap daripadanya berpasangan ,Nabi Nuh serta tiga puteranya yang bernama Sam ,Ham dan Yafet bersama tiap tiap pasangan bagi mereka supaya dapat menaiki bahtera yang dibina .meredahi ombak bergelora dan ribut yang membadai didalam suatu tempoh .kesemua manusia semasa zaman bani Adam telah mati kelemasan didalam banjir ini ,tidak terkecuali satu pun termasuk isteri Nabi nuh dan Anak lelakinya yang bernama Kanaan kerana ingkar atas suruhan dari Tuhan ,berpendirian bongkak sehingga mati kelemasan akibat dari sifat yang ingkar itu .setelah melalui satu tempoh masa yang panjang ,daripada mengganas telah bertukar kepada reda ,seolah olah telah membuka satu permulaan baharu untuk penghuni bahtera Nabi Nuh ini .

.
.

PERMULAAN SEMULA KEHIDUPAN KE SATU FASA YANG BAHARU .

Sebuah Keturunan yang menjadi peranan sangat penting diawal falsafah "Negara Bangsa" ini merupakan keturunan daripada 3 orang anak lelaki Nabi Nuh yang bernama Sam ,Ham Dan Yafet telah berpecah menuju ke haluan yang berasingan .dimana keturunan Ham telah menuju ke haluan selatan dan barat sehingga ke Afrika ,Mesir .keturunan Yafet pula menuju ke arah utara ,Barat dan penghujung timur yang telah berselerakan dengan kelahiran dari generasinya yang mendiami sekitar Benua Eropah ,Skandinavia ,Balkan ,Siberia bahkan Sehingga ke Timur Jauh .manakala keturunan Shem atau Sam ini pula bermain sekitar asia tengah dan sebahagiannnya sehingga ke mesopotamia ,Parsi dan sehingga ke Barat India .

.
.

HAM .

Turunnya dari keturunan Ham ,telah lahirnya anaknya yang bernama Kush ,Kanaan ,Misrahim dan Put .dari Kush pula menubuhkan kerajaan terawal Mesir Purba dahulu seterusnya diteruskan oleh keturunannya yang bernama Raja Namrud manakalan Kanaan dan Put pula merantau ke Asia Barat dan menubuhkan kota masing masing .di Kanaan pula maka telah diasaskan awal penubuhan kaum Filistin purba seterusnya di zaman moden sekarang ia dinamakan tanah Palestin .Ras dari Ham jika dinilai dari sudut fizikal pula ,mempunyai ciri ciri seperti berkulit coklat dan gelap ,berambut kerinting ,dada lebar dan tegap tubuh badan .tetapi ada jua sebahagian dari ras Ham ini juga mempunyai kulit cerah kemerahan .

.
.

SAM .

Ras dari keturunan Sam ini juga telah melahirkan ramai para Anbia iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Luth adalah kelahiran terawal dari Ras keturunan ini .melalui keturunan Sam bin Nuh inilah lahirnya bangsa bani Israel atau yahudi dan sebagai contohnya di zaman sekarang kaum yahudi juga dikenali keturunan Semitic sempena dari dan nama Sam didalam bahasa Hebrew adalah Shem .dari anak anak Sam ini telah membina kota kota awal seperti Akkad ,Asyur dan Arphaxad yang membina kota kota di mesopotamia tengah dan bahagian selatan manakala dari Lut pula membina kota kotanya yang dinamakan Lydian atau dalam nama inggerisnya digelarkan kota Soddom dan Gomorroth .yaaa bani nabi Luth yang mengamalkan fitrah sesama jantina .

Dari segi ciri ciri bentuk fizikal dari Ras keturunan Sam adalah mempunyai kulit putih kecerahan ,berambut lurus ,berdada lebar dan tegap tinggi badannya .
.
.
.

YAFET .

Manakala seorang lagi anak lelaki kepada nabi Nuh ini telah menurunkan zuriat dari generasinya yang bernama Gomer, Magog, Madai, Javan (Indo Aryan), Tuval, Meshech dan Tiras .diantara ketiga tiga Ras keturunan ini ,keturunan dari Yafet merantau yang lebih jauh ,lebih meluas dan paling berselerakan kerana Ras Yafet ini mempunyai zuriat genrasinya di sekitar Eropah ,utara Skandinavian ,Siberia ,Balkan ,utara Parsi dan India sehingga ke penghujung benua asia di Timur Jauh .salah satu dari keturunan Yafet ini adalah generasi bangsa Aryan yang dianggap paling mistikal ,termaju dan paling dekat dengan hal hal alam ghaib . Melalui dari keturunan Javan anak kepada Yafet ini didakwa adalah permulaan yang mengasaskan kota kota Bangsa Aryan di sekitar Balkan ,khazar dan Khorasan .selain itu ,dari Ras Yafet inilah lahirnya bangsa bangsa Eropah purba seperti Kaum Vandals ,Viking ,Anglo-Saxon ,Goth dan Slavik. Pada zaman sekarang ini ,terutamanya hal berkaitan eskatologi apabila dari keturunan Ras Yafet ini dikatakan kaum dari Magog ini adalah Yakjuj dan Makjuj yang akan muncul membinasakan umat manusia ketika akhir zaman .dahulu kaum Magog ini juga dikatakan telah tewas kepada Seorang Raja yang mempunyai dua tanduk yang bernama Iskandar Zulkarnain dan telah dikurung dan dipisahkan kepada dua kelompok yang dipisahkan oleh sebuah tembok yang paling tebal ,kukuh dan paling tinggi sehingga ke akhir zaman .

.

Ciri ciri mengenai Ras keturunan Yafet ini dari sudut ciri ciri rupabentuk adalah seperti berkulit cerah kemerahan dan kekuningan ,berambut lurus ,hidung yang berpesek dan bentuk badan tinggi juga sebahagiannya bersaiz sederhana .

.
.

Dari segi ciri perbezaan jangka hayat

Ras ketiga tiga ini dipercayai ada membawa sebahagian ciri ciri DNA dari Bani Adam sebelum terjadinya peristiwa Banjir besar dahulu .ada sebahagiannya menyatakan bahawa simbolik didalan kisah peristiwa ini adalah ,bahtera Nuh digambarkan seperti sebuah "Jambatan" atau perhubungan dari zaman awal bani adam dahulu .pastinya menyedari terdapat kelainan ketara diantara umat manusia dari zaman Bani Adam dan umat manusia zaman sekarang iaitu dari segi sudut ketinggian ,dan umur .umat sebelum banjir besar digambarkan mempunyai had umur hayatnya sangat panjang contohnya seperti Nabi Adam ,Nabi Idris yang tiap tiap daripada mereka mempunyai hayat mampu mencecah 900 tahun .
.
.


Dari segi berbeza bentuk fizikal

Dari Hadis Abu Hurairah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5075"
.
.
.

Maka jika dinilai selepas kejadian surutnya banjir besar itu ,dari peradaban ke peradaban seterusnya ,saiz badan umat manusia yang asalnya sangat besar telah sedikit demi sedikit berubah semakin mengecil dengan berginjak ke generasi seterusnya .dan hadis diatas ini sudah cukup menyakinkan kita untuk memahami perbezaan kepada dua umat ini .

.
.

===============================================

Aku akan mengupas lagi mengenai ketiga tiga Ras ini disambungkan kepada siri bahagian akhir yang akan menjadi penutup kepada tajuk ini nanti dimana aku cuba mengupaskan mengenai falsafah yang disebut sebagai "Table Of Nation" iaitu gelarannya bagi Negara Bangsa dimana didalamnya terdapat sebanyak 70 nama bagi orang-orang dan generasi dari kelompok bani nuh yang terselamat dari kejadian banjir besar ini seterusnya 70 nama ini akan menjadi teras kepada asas bangsa dan kaum yang terdapat didalam zaman dunia moden sekarang ini .

Sambungan kepada siri akhir.......

Radz Von Koenigstraud Xiv
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,916
Reaction score
540
Points
161
owhh menarik ,aku nak pap sini,
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,206
Reaction score
12,600
Points
2,376
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register