BTC USD 50,927.3 Gold USD 1,682.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 premis judi sambung elektrik secara haram

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,281
Reaction score
2,630
Points
206


Subang Jaya: Terdesak mendapatkan pelanggan menyebabkan tiga premis judi atas talian di daerah ini sanggup membuat penyambungan elektrik haram.

Malah, premis berkenaan hanya menggunakan lampu malap bagi mengaburi aktiviti haram mereka sejak dua bulan lalu.

Namun, kegiatan premis di PJS7, Bandar Sunway dan Taman Subang Mas, dekat sini, itu tidak bertahan lama apabila diserbu serentak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, malam ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, siasatan mendapati premis yang diserbu menggunakan sambungan elektrik haram untuk beroperasi.

Menurutnya, dua daripada premis yang diserbu sudah diserbu lebih empat kali namun tetap berdegil dan meneruskan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Dalam serbuan malam ini, 13 lelaki masing-masing penjaga dan pemain berusia 30 hingga 44 tahun ditahan ketika sedang leka berjudi menggunakan komputer riba.

"Premis ini sudah beroperasi sejak Oktober lalu dan serbuan sudah dijalankan beberapa kali sepanjang tahun ini.

"Premis ini hanya beroperasi beberapa hari dalam seminggu dan pelanggan tetap saja dibenarkan masuk," katanya ketika ditemui selepas tamat operasi.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke IPD Subang Jaya untuk siasatan lanjut mengikut Akta Rumah Judi Terbuka dan Akta 342 kerana melanggar arahan PKPB.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti perjudian diminta tampil menyalurkan kepada polis.

 
Top
Log in Register