3 pelajar cari akses internet kelas 'online' jatuh jambatan

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,961
Reaction score
4,386
Points
601
New_Project_%285%29_1606395719.jpg

KEADAAN jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi sehingga mengakibatkan tiga pelajar SMK Ulu Sugut cedera. - NSTP/Ihsan Pembaca

RANAU: Tiga pelajar yang sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian, terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi, Isnin lalu.


Kejadian dipercayai kira-kira jam 9 malam membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut, di sini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan, seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.

"Mereka cuba mengakses internet di bahagian tertentu di jambatan gantung berkenaan," katanya.

Beliau juga memaklumkan akan segera ke kampung berkenaan untuk menilai keadaan dan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan terbabit.

"Kita berharap penduduk kampung berkaitan dapat bersabar kerana kita berusaha menyelesaikan masalah ini" katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.

Terdahulu, tular di Facebook mengenai pelajar SMK Ulu Sugut terjatuh ke dalam sungai selepas jambatan gantung dilalui mereka, runtuh secara tiba-tiba.

Difahamkan, kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet.

Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunut, berkata dia dimaklumkan kejadian itu berlaku beberapa hari lalu, sekitar jam 9 malam.

"Penduduk kampung menyatakan semua pelajar itu berada di tengah-tengah jambatan untuk mengikuti kelas dalam talian sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.

"Capaian internet di Kampung Gusi ini memang teruk, tetapi lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung terbabit," katanya.

 
Last edited:
Sponsored Post

redcloud

Active Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
2,484
Reaction score
210
Points
43
mudah mudahan dapat jambatan besi
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,452
Reaction score
2,152
Points
201
Berlakon ja ni kata menteri.
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,635
Reaction score
567
Points
81
malas nak ckp. dah thun 2020 dah.
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,345
Reaction score
1,795
Points
206
gigih sungguh remaja2 ni nak belajar cari ilmu smpai gadai nyawa

sedangkan time pkpb ni ramai anak2 kito yg ado akses intenet tapi x ikut pun kelas online yg cikgu susah payah buek

asyik tido @ main game ajoooo ekekekeke

betulkan? anak den pun samo ajo, nk kena beduk dgn rotan baru nk blajar
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,208
Reaction score
828
Points
176
gigih sungguh remaja2 ni nak belajar cari ilmu smpai gadai nyawa

sedangkan time pkpb ni ramai anak2 kito yg ado akses intenet tapi x ikut pun kelas online yg cikgu susah payah buek

asyik tido @ main game ajoooo ekekekeke

betulkan? anak den pun samo ajo, nk kena beduk dgn rotan baru nk blajar
Memang betul.. Dlm hidup pelajar sekarang yang penting happy masa kini.. Masa akan dtg pikir kendian..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,391
Reaction score
2,422
Points
206
siapa adun sini?
ndak nampak masalah rakyat ka? buta ka mata kau itu?
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,961
Reaction score
4,386
Points
601
Pelajar jatuh jambatan cari 'line', VSAT akan dipasang

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melaksanakan penyelesaian sementara dengan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada Kampung Gusi, Ranau, Sabah melalui teknologi 'Very Small Aperture Terminal' (VSAT).

SKMM dalam kenyataan hari ini berkata, usaha itu mendapat sokongan daripada pihak Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTT) sebuah anak syarikat milik penuh Warisan Harta Sabah Sdn Bhd, yang juga sebahagian tanggungjawab sosial korporat daripada pihak CTT

"Pengurus Besar CTT, Law Chun Ming mengesahkan, pemasangan VSAT akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 Disember 2020.

"Selain itu, tiga menara telekomunikasi akan dibina berhampiran Kampung Gusi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

"Lokasi-lokasi itu dinyatakan dalam dokumen tender yang dikeluarkan oleh SKMM pada 20 November 2020," katanya.

SKMM turut menyatakan simpati terhadap insiden menimpa tiga pelajar berkenaan yang

dilaporkan terjatuh ketika menyusuri jambatan gantung untuk mendapatkan rangkaian Internet bagi mengikuti kelas dalam talian baru-baru ini.

Kenyataan itu menyebut, pihaknya sempat bertemu dengan Ketua Kampung Gusi, Galam Abdullah untuk bertanyakan khabar mengenai keadaan ketiga-tiga pelajar berkenaan.

SKMM turut menasihati semua pelajar untuk tidak membahayakan diri dalam usaha mencari capaian Internet.

Media sebelum ini melaporkan tiga pelajar yang sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian, terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi, pada 23 November lalu.

Kejadian dipercayai kira-kira jam 9 malam membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut.

Akibat kejadian seorang daripada mereka patah kaki dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,214
Reaction score
2,382
Points
201
gigih sungguh remaja2 ni nak belajar cari ilmu smpai gadai nyawa

sedangkan time pkpb ni ramai anak2 kito yg ado akses intenet tapi x ikut pun kelas online yg cikgu susah payah buek

asyik tido @ main game ajoooo ekekekeke

betulkan? anak den pun samo ajo, nk kena beduk dgn rotan baru nk blajar
tak masuk kena marah kat cikgu....cikgu kena marah dgn pengetua....pengetua kena marah dgn PPD...PPD pulak jaki dgn cikgu kat rumah...mereka kat pejabat.....hahahahahahahaha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register