strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
Singapura: Warga Guinea, Liberia dan Sierra Leone perlu mendapatkan visa sebelum memasuki Singapura dalam langkah diambil untuk mengelak penularan Ebola.
Kementerian Kesihatan Singapura berkata, ketetapan terbaru itu berkuat kuasa hari ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, kementerian itu berkata, syarat visa itu membolehkan pihak berkuasa memantau kemasukan warga tiga negara itu dengan lebih berkesan.
“Ia juga membantu proses mengesan jika diperlukan,” katanya.
Wabak Ebola yang banyak melanda negara barat Afrika setakat ini membunuh lebih 4,900 orang.
Singapura tidak mewajibkan warga Guinea, Liberia dan Sierra Leone memohon visa sebelum memasuki negara itu sebelum ini.
Kementerian itu berkata, syarat berkenaan adalah tambahan kepada tindakan pencegahan sedia ada, termasuk mengimbas suhu badan penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Changi, serta pengisian borang perisytiharan pelawat.
Sesiapa didapati demam akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Pelawat yang sihat, tetapi dikenal pasti mungkin terdedah kepada virus Ebola pula akan dikuarantin atau diletak di bawah pemerhatian bagi tempoh tertentu.
- AFP
http://www.hmetro.com.my/node/6424