BTC USD 64,095.7 Gold USD 2,368.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 maut, 10 termasuk polis cedera serangan tembakan di pasar raya

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,714
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,714
Reaction score
923
Points
121

3 maut, 10 termasuk polis cedera serangan tembakan di pasar raya​

June 22, 2024 @ 9:24am


3 maut, 10 termasuk polis cedera serangan tembakan di pasar raya
Tangkap layar daripada rakaman video dalam media sosial menunjukkan keadaan di kawasan kejadian serangan tembakan diFordyce, Arkansas, semalam. - South Arkansas Reckoning/Suzy Parker/via REUTERS

ARKANSAS: Sekurang-kurang tiga maut, manakala 10 lagi termasuk dua anggota polis mengalami kecederaan, dalam insiden tembakan di sebuah pasar raya di Arkansas, semalam.

Pengarah Polis Negeri Arkansas, Mike Hagar, berkata kejadian itu membabitkan seorang suspek yang turut cedera selepas berbalas tembakan dengan pihak berkuasa.

Serangan itu berlaku di pasar raya Mad Butcher di Fordyce, sebuah pekan dihuni kira-kira 3,200 penduduk yang terletak sekitar 112 kilometer selatan Little Rock.

"Malangnya, kami boleh mengesahkan 11 orang awam tidak bersalah telah ditembak, termasuk tiga terkorban.

"Dua anggota penguat kuasa undang-undang turut mengalami kecederaan ketika berbalas tembakan.

Suspek juga terkena tembakan dan berjaya ditahan," katanya kepada pemberita tanpa memperincikan butiran kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, nyawa suspek dan dua anggota polis itu dijangka tidak terancam akibat kecederaan berkenaan.

Namun, katanya, mangsa orang awam pula mengalami kecederaan dari tahap tidak mengancam nyawa sehinggalah amat kritikal.

Sementara itu Gabenor Arkansas, Sarah Huckabee Sanders, berkata beliau sudah diberikan taklimat berhubung insiden berkenaan.

"Saya berterima kasih kepada penguat kuasa undang-undang dan pasukan kecemasan atas tindakan pantas serta keperwiraan mereka dalam usaha menyelamatkan nyawa.

"Saya mendoakan semua mangsa dan mereka yang terkesan dengan kejadian ngeri itu," katanya dalam kenyataan melalui X. - REUTERS
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register