TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,118
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,118
- Reaction score
- 22,834
- Points
- 1,831
- Awards
- 1
KOTA TINGGI: Tiga dijumpai lemas, manakala sekurang-kurangnya 10 masing hilang apabila bot dinaiki pendatang asing tanpa izin (PATI) karam di di perairan pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar, dekat sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi itu, 29 lagi PATI ditahan ketika bersembunyi di hutan berhampiran pantai berkenaan.
Jurucakap polis berkata, kejadian disedari sekumpulan anggota tentera yang sedang meronda pantai berkenaan apabila mendengar suara orang meminta tolong.
Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, mereka berjaya menahan beberapa PATI sebelum dimaklumkan bahawa bot yang dinaiki kumpulan berkenaan untuk pulang ke Batam, Indonesia, karam.
"PATI itu memaklumkan bahawa bot itu dinaiki antara 40 hingga 45 orang," katanya.
Jurucakap polis berkata, pemeriksaan lanjut menemui mayat dua wanita dan seorang lelaki terdampar di pantai terbabit.
Katanya, susulan itu, seramai 29 PATI ditahan di kawasan hutan berhampiran pantai dan usaha masih dijalankan bagi mengesan baki penumpang bot berkenaan.
http://www.bharian.com.my/node/11452