3 lelaki rompak stesen minyak dijatuhi hukuman penjara, sebat

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUANTAN: Seorang pekerja stesen minyak bersama dua rakannya dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah merompak stesen minyak tempat kerjanya Disember lalu.

Azman Apendi, 25, dari Jambi, Indonesia bersama dua rakan senegaranya, Heri Hassan, 26, dan Yudi Basri, 41, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan rompak berkumpulan terhadap premis, serta Mohd Fazli Shamsudin.

Mereka didakwa menggunakan senjata berbahaya yang terdiri daripada sebilah parang, tiga tukul besi pemecah simen dan satu mesin pemotong besi yang boleh menyebabkan maut dan ketakutan kepada mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di stesen minyak Shell Taman Tas di sini, kira-kira jam 3 pagi pada 28 Disember lalu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, Mohd Fazli yang juga pekerja stesen minyak itu sedang tidur di dalam premis berkenaan sebelum didatangi tiga lelaki dengan salah seorang daripada mereka adalah pekerja stesen itu.

Leher mangsa kemudian diletakkan parang sebelum kaki dan tangannya diikat.

Kejadian itu menyebabkan pemilik stesen minyak berkenaan mengalami kerugian kira-kira RM4,700 sebelum ketiga-tiga tertuduh ditangkap di kawasan berhampiran oleh orang ramai.

Ketiga-tiga tertuduh yang menitiskan air mata ketika merayu kepada mahkamah, memohon supaya dikenakan hukuman ringan kerana mereka sudah menyesal dan bertaubat untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

Hakim Siti Aminah Ghazali kemudian menjatuhkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tangkapan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Jumaat dan Amalina Zainal Moktar. - Bernama
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
tunggu yg curi enjen jet nanti. tgk kena sebat tak
 

qai

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2008
Messages
2,928
Reaction score
1
Points
25
padan muka..10x sebat tu..
confirm mati pucuk..
 

miela78

Active+ Member
Joined
Dec 28, 2008
Messages
3,338
Reaction score
74
Points
30
berbilur2 la punggung tu
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..beto ler kalu 10 x sebat confim mati pucuk da..apa nak buat sendiri tanggung da
 
Sponsored Post
Top
Log in Register