3 kali tepuk RM1,000 lesap

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Tujuh minit sudah mencukupi bagi penjenayah licik memindahkan wang gaji seorang kerani selepas mangsa menyedari kad pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya ditukar ketika membuat pengeluaran di sebuah bank, di Senawang, Rabu lalu.

Mangsa, Ishak Wahab, 51, berkata sebelum mengeluarkan gajinya dan isteri, dia terlebih dulu memasukkan cek ke dalam mesin deposit cek dan membuat pengeluaran gaji isterinya RM1,000 di bank cawangan Rahang.

“Saya mengeluarkan gaji isteri jam 8.29 malam, selepas memasukkan kata laluan bahu saya ditepuk sambil diberitahu wang saya terjatuh, tetapi saya tidak peduli kerana ketika itu saya memakai baju Melayu serta kain pelekat. Jadi mustahil wang terjatuh, kerana poket di hadapan,” katanya.

Namun, selepas dua ke tiga kali ditepuk dia berpusing dan lelaki itu mengatakan wang itu miliknya lalu mengutip wang RM25 di lantai.

“Apabila bangun selepas mengutip wang terbabit, saya lihat wang RM1,000 dan kad masih pada mesin ATM terbabit, tetapi pelik kerana kad milik isteri kelihatan baru sedangkan sebelum ini ia sudah lama,” katanya.

Menurutnya, ada pasangan yang berada di situ memberitahunya supaya berhati-hati kerana lelaki yang menepuk bahunya bermata merah kemungkinan penagih dadah.

“Saya segera menoleh, tetapi lelaki itu hilang, begitu juga pasangan terbabit, lantas saya memasukkan semula kad ATM isteri, namun yang tertera nama orang lain berbangsa Cina,” katanya.

Ishak yang tidak berpuas hati mencari pengawal keselamatan, namun tiada sesiapa di sekitar kawasan terbabit.

Menurutnya, dia memberitahu masalah terbabit kepada isteri justeru menghubungi bahagian perkhidmatan pelanggan bank terbabit namun prosedur yang rumit menyebabkan lelaki itu berjaya memindahkan wang ke akaun lain terlebih dulu sebelum menyekat urusan akaun.

Isterinya, Amiza Ali, 42, berkata kira-kira jam 9.30 malam dia dan suami membuat laporan polis di Balai Polis Rahang mengenai penukaran kad ATM sebelum mengetahui kehilangan RM1,000 dalam akaun pada keesokkannya dan meminta siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dilakukan.

“Keesokannya, kami ke bank terbabit dan menurut pegawai bertugas, kes itu terpaksa dirujuk kepada cawangan Seremban, namun yang membuatkan saya kecewa, pegawai terbabit tidak dapat memberitahu status akaun.

“Selepas merujuk kepada bank cawangan Seremban, baru saya tahu RM1,000 sudah dipindah ke akaun pihak ketiga selepas tujuh minit kad ditukarkan dan syukur kerana saya menghadkan pemindahan hanya setakat jumlah itu saja,” katanya.
 
Sponsored Post

Q-pid

Active Member
Joined
Apr 2, 2009
Messages
2,043
Reaction score
21
Points
25
bank sucks!!!:mad::mad:

guard xde...:mad::mad:
pastu call, rumit lak nk settle kan...:mad::mad:


caj perkhidmatan nk kaw2 aje...service, macam lahanat:(scam:(scam:(scam
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
bank sucks!!!:mad::mad:

guard xde...:mad::mad:
pastu call, rumit lak nk settle kan...:mad::mad:


caj perkhidmatan nk kaw2 aje...service, macam lahanat:(scam:(scam:(scam
Bukan salah bank dalam kes macam nie
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,237
Reaction score
21,042
Points
1,671
lain kali klo kena tepuk minta org belakang bagi lebih ckit..hehe
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
Bukan salah bank dalam kes macam nie
salah tu mmg salah lah....tapi kepantasan bank diperlukan utk sekat pemindahan akaun atau pengeluran...

patut dah kena blok secepat yng mungkinlah:(scam:(scam:(scam
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
bank sucks!!!:mad::mad:

guard xde...:mad::mad:
pastu call, rumit lak nk settle kan...:mad::mad:


caj perkhidmatan nk kaw2 aje...service, macam lahanat:(scam:(scam:(scam


ya btol..aku penah alami kad atm aku tersekat dkt atm public bank..aku tgu dkt sejam kad aku tu x kua2..last2 aku balik jek uma.esoknya aku nak amik kad aku kat lam bank tu,diorg kata kad aku takde sangkot lam atm..then aku tya la nak wat camne..diorg soh wat kad baru dgn bayaran rm12..padahal kn slh aku pun..bila aku tanya,dia kata tak tau...last2 aku amok nak jumpa manager bank..sib baek setel..kalo tak,aku saman jek.:mad:
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
kene blaja ilmu gini..senang masa depan..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register