3 budak parah ditikam

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
MUAR: Tiga kanak-kanak termasuk anak lelaki Pengarah Tenaga Rakyat Melaka, parah ditikam dengan pisau oleh seorang lelaki dipercayai tidak siuman dalam dua kejadian berasingan di Jalan Bakariah dan Jalan Sakeh, di sini, petang semalam.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 6.50 petang di Jalan Bakariah, Taman Muar menyebabkan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun cedera parah di bahagian perut kiri.

Manakala dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak perempuan, Toh Kah Hui, 9, dan kanak-kanak lelaki, See Kang Leng, 5, ditikam lelaki sama di hadapan pusat penjagaan kanak-kanak di Jalan Sakeh, Sungai Abong yang terletak empat kilometer daripada kejadian pertama, kira-kira 10 minit kemudian.

Mangsa dalam kejadian pertama, S Kuhan, 9, adalah anak kedua kepada Pengarah Tenaga Rakyat Melaka, S Tharumarajan cedera parah selepas rusuk kiri ditikam sehingga terpaksa menjalani pem bedahan di Hospital Pakar Sul tanah Fatimah (HPSF).

Ibu mangsa, S Thilaga, 36, berkata selepas mengambil Kuhan dari Sekolah Kebangsaan St Andrew dan sampai di pagar rumah, dia menyuruh anaknya keluar dari kenderaan dan masuk ke dalam rumah.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba seorang penunggang motosikal yang memakai topi keledar penutup muka penuh datang dari arah hadapan dan meluru ke arah anaknya yang baru ke luar dari kereta.

“Ketika itu, saya hanya menyangka lelaki itu hendak bertanya arah jalan tetapi dia terus turun dari motosikal dan menikam rusuk kiri anak saya menyebabkan saya yang berada berdekatan pintu pemandu tergamam melihat anak ditikam di depan mata.

“Lelaki itu melarikan diri dan saya terus menjerit memanggil suami yang berada di dalam rumah sebelum menghantar anak kami ke hospital,” katanya ketika ditemui di perkarangan HPSF, malam tadi.

Difahamkan, bapa mangsa yang berada di dalam rumah bersama seorang lagi anak lelakinya, hanya menyedari kejadian itu apabila dipanggil isterinya.

Kalau nampak orang gila kena cepat2 call polis...bahya nie
 
Sponsored Post

fareast262

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2007
Messages
4,010
Reaction score
7
Points
25
erm
masalah nyer betoi ke orng tu giler? :-?ke berita tu sj mengatakan orng giler!! or mmg ade kaitan lain di sebalik nyer???
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Muar? Kampung Insyi ni....
 

selendang88

Fun Poster
Joined
Nov 21, 2008
Messages
325
Reaction score
0
Points
10
eeeeiiii....takut lah...aku memang fobia dgn org giler ni...
dulu kena kejar dgn org giler sampai demam sehari...
jauh tu aku kena kejar....
 

acib

Active Member
Joined
Dec 5, 2007
Messages
2,403
Reaction score
1
Points
25
wahhh... nk kene blaja lari laju2 ni, huhu, bahye2 skang
 

emasstech

Active+ Member
Joined
Sep 19, 2007
Messages
3,794
Reaction score
71
Points
30
eeeeiiii....takut lah...aku memang fobia dgn org giler ni...
dulu kena kejar dgn org giler sampai demam sehari...
jauh tu aku kena kejar....
Kena kejar saja takper...kalau jenis pegang parang naya nih...huhuh
 

ajim2002

Fun Poster
Joined
Apr 14, 2007
Messages
907
Reaction score
2
Points
15
aku kena kejar takde plk tp dia amik makanan ngan minuman aku ms aku tgh makan,kaget gak ms tu.:D:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register