BTC USD 28,259.0 Gold USD 1,964.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 bekas Pemain Kelantan Bebas! RIZAL HASHIM Mohon Maaf..

TWISTER7

Active Member
Messages
1,778
Joined
May 10, 2010
Messages
1,778
Reaction score
13
Points
25
pix_middle


TIGA bekas pemain Kelantan diketuai kapten The Red Warriors musim lalu, Indra Putra Mahayuddin yang bertindak menyertai T-Team untuk saingan Liga Malaysia 2011 ber kemungkinan berdepan dengan penggantungan satu musim serta denda sehingga RM25,000 setiap orang sekiranya di dapati bersalah.

Namun semuanya bergan tung kepada budi bicara dan pertimbangan yang bakal di putuskan Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada mesyuaratnya pada penghu jung bulan ini.


Kes berkenaan antara yang ditangguh jawatankuasa itu selepas bermesyuarat kelma rin diketuai oleh pengeru sinya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan penangguhan itu dengan menjelaskan mesyuarat berkenaan lebih menjurus kepada perbincangan me ngenai prosedur jawatankuasa itu untuk menjadi lebih telus di dalam mengenda likan sesuatu perkara.


“Salah satu langkah yang diputuskan adalah memanggil pihak membuat aduan dan yang dituduh untuk memberikan penjelasan lan jut berhubung perkara yang menjadi pertikaian,” kata nya.


Selain Indra Putra, dua lagi tonggak Kelantan musim la lu adalah pemain sayap, Norfarhan Muhammad dan pemain pertahanan, Azizi Mat Rose menyertai T-Team musim ini walaupun dilaporkan masih mempunyai kontrak dengan skuad The Red Wa rriors itu.

Tindakan tiga pemain itu dilaporkan menjejaskan per siapan Kelantan bagi meng hadapi saingan liga musim ditambah dengan pengguguran beberapa pemain ber pengalaman seperti Hairuddin Omar dan Che Hishammuddin Hassan. Mereka dikatakan tidak membalas surat tawaran lan jutan kontrak yang dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan di dalam tempoh ditetapkan sekali gus bermakna kontrak mereka akan dilanjutkan secara automatik.


Sebelum ini Takiyuddin tu rut menjelaskan perkara itu dengan berkata pemain perlu membalas tawaran kontrak lanjutan itu di dalam tempoh 14 hari dan sekiranya pemain tidak menerima tawaran dalam tempoh tiga bulan sebelum tamatnya kontrak, mereka berhak untuk mencari pasukan lain.

sumber hmetro

3+abdul+siap-1.jpg


Impian T-team untuk menjuarai sekurang-kurangnya satu piala musin ini ,mungkin sedikit terencat.Malah kesebelasan pemain utama T-team juga mungkin terpaksa dibubarkan,andaikata keputusan Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) yang akan bersidang 26hb Januari 2011 ini,tidak memihak kepada mereka.

Ketiga-tiga pemain T-Team yang akan mengadap Jawatankuasa Status pemain FAM isnin ini, ialah Indra Putra Mahyuddin,Norfarhan Mohamad dan Azizi Mat Rose.Mereka didakwa atas kesalahan melanggar kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan.

Dalam pada itu,Bernama hari ini,melaporkan Ketua Jurulatih T-Team Yunus Alif,memohon agar Jawatankuasa tersebut dapat membuat keputusan dengan bijaksana,bagi membolehkan ketiga-tiga pemain tesebut beraksi.Malah Yunus juga berkata ketiga-tiga pemain tersebut tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pasukan,walaupun hari-hari turun berlatih.

Sebelum ini,Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM Datuk Takiyuddin berkata mereka yang melanggar kontrak dengan mana-mana pasukan boleh digantung selama semusim.

p/s:Sebelum ini perancangan Kafa terganggu akibat pemainnya dicuri.Kini Perancangan T-Team Pula terganggu kerana mencuri.Agaknya pembawa malang 3 orang ni???? wakakkakakakakak....

MRH.JPG


"kepada semua penyokong bola sepak Kelantan, saya menghulurkan salam kemaafan. Saya tidak bermaksud mengguris hati sesiapa tetapi sekadar menghantar mesej kepada segolongan kecil supaya tidak menggunakan kata-kata kesat dalam berbahas. bagi mereka yang menganggap saya tidak boleh menerima kritikan, saya luluskan semua komen-komen yang memburukkan saya dalam blog saya. terima kasih kepada semua yang menghantar maklum balas dalam bentuk dorongan mahupun teguran. Saya pernah menyebut dalam TV penyokong Kelantan pada dasarnya ghairah dan mewarnai bola sepak tempatan. Pandangan ini tidak berubah...wassalam" :Mohammad Rizal Hashim

ehsan dr kelantanfa.com

:)cgrock
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register