BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 anggota polis cedera kemalangan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,287
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,287
Reaction score
1,665
Points
201

Tiga anggota polis dari IPD Klang Utara cedera apabila Kereta Peronda Polis (MPV) yang dinaiki mereka dilanggar sebuah trak pikap di simpang Jalan Jati Kanan, Kapar semalam. FOTO IHSAN PEMBACA

Kapar: Tiga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara cedera selepas kereta peronda polis (MPV) dinaiki mereka dilanggar trak pikap di simpang empat Jalan Jati Kanan, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, dalam kejadian 12.15 tengah hari itu, tiga anggota berpangkat sarjan, koperal serta konstabel sedang menjalankan tugas pemantauan Ops Covid-19 di kawasan Sungai Kapar Indah, Meru dan Kapar.

"Hasil siasatan awal mendapati, kenderaan pasukan iaitu Honda Civic yang dipandu anggota berpangkat Sarjan itu dari arah Perepat menuju ke Jalan Kapar.

"Apabila sampai di simpang empat Jalan Jati Kanan dengan Jalan Perepat, anggota terbabit meneruskan perjalanan dan tiba-tiba datang sebuah trak pikap dari simpang arah kanan jalan melanggar bahagian tepi pemandu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, sarjan dan konstabel mengalami sakit di bahagian rusuk kiri serta serta bengkak di belakang kepala manakala koperal pula dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, pemandu trak pikap iaitu lelaki berusia 59 tahun pula mengalami cedera di kepala dan kini dirawat di hospital swasta.

"Hasil pemeriksaan, pemandu trak pikap itu tidak mabuk ataupun mengantuk. Mungkin dia tidak perasan semasa mahu keluar dari simpang berkenaan.

"Lelaki berkenaan difahamkan akan tampil membuat laporan esok kerana kini dia masih dirawat di hospital," katanya.


== harian metro
 
Kalau kat simpang, memang kita kena dahulukan kenderaan sebelah kanan kan?

X jugak boss. Kena tgk jgk. Kalau kita kat jalan utama, kita yg kena jalan dulu.

Nampak kereta polis ni atas tow truck semalam. Ingatkan eksiden time tgh kejar penjenayah.
 
Betul tu tapi kes ni kat simpang empat.
Mungkin tuan lagi jelas keadaan simpang empat tu.
Yg bukan jalan utama sepatutnya mmg ada signboard "berhenti"
 
Back
Top
Log in Register