3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia hidap diabetes - Dr Adham Baba

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,692
Reaction score
11,380
Points
2,376
ADHAM_BABA___SIDANG_MEDIA_NHMS_1590767048.jpg

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, bergambar bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (kiri), dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kanan), selepas sidang media mengenai dapatan NHMS 2019 di Putrajaya, hari ini. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH


PUTRAJAYA: Seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes, menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata prevalen diabetes di negara ini didapati meningkat kepada 18.3 peratus berbanding 13.4 peratus pada 2015.

"Peningkatan penyakit diabetes di Malaysia adalah salah satu dapatan NHMS 2019 yang merisaukan.

"Sejumlah 49 peratus daripada penghidap diabetes di Malaysia, tidak pernah diperiksa atau didiagnosis menghidap penyakit ini," katanya ketika membentangkan dapatan NHMS 2019 di Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini.

Menurut dapatan tinjauan itu lagi, tiga negeri merekodkan penyakit diabetes tertinggi, iaitu Negeri Sembilan, Perlis dan Pahang.

Dr Adham berkata, berdasarkan NHMS 2019, seorang daripada empat individu dewasa berumur 16 tahun ke atas di negara ini didapati tidak aktif secara fizikal, manakala kira-kira 50 peratus penduduk dewasa mengalami berat badan berlebihan.

Selain itu, beliau berkata, 95 peratus orang dewasa di Malaysia tidak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi.

Katanya, dapatan NHMS 2019 juga mendapati setengah juta rakyat dewasa di Malaysia mengalami kemurungan dengan prevalen tertinggi di Putrajaya, Negeri Sembilan dan Perlis.

Selain itu, beliau berkata, kira-kira 424,000 kanak-kanak didapati mengalami masalah mental dengan faktor utamanya ialah masalah berinteraksi dengan rakan sebaya, tingkah laku, emosi dan hiperaktif.

"Kita mahukan Malaysia yang sihat," katanya sambil menasihati rakyat Malaysia supaya bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap kesihatan masing-masing serta mengamalkan gaya hidup sihat. – BERNAMA


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,692
Reaction score
11,380
Points
2,376
FB_IMG_1590775338810.jpg

Jika anda ada 1000 rakan dalam profil media sosial anda, separuh daripada mereka

✔ mempunyai berat badan berlebihan atau obese
✔ Mempunyai perut yang boroi atau abdominal obesity

Ini adalah penemuan terkini dari kajian NHMS 2019

Bukan sekadar boroi, pengumpulan lemak di perut ini adalah lemak viceral yang menyelaputi organ organ di abomen seperti hati, jantung ,buah pinggang dan pankreas.

Kesannya, lemak di perut ini akan mengganggu hormon dan metabolik lalu menyebabkan risiko kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi.
.
Bagi yang berusia 20-30 an, yang telah memiliki perut boroi dan masih belum mendapat penyakit, inilah masa untuk anda berubah dan menghapuskan lemak degil itu untuk mencegah penyakit apabila anda semakin berusia.
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,807
Reaction score
1,900
Points
191
gler lah 1/2 rakyat malaysia boroi.

gula putih punca.
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
5,636
Reaction score
371
Points
91
mcm mana nk kurangkn boroi
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,692
Reaction score
11,380
Points
2,376
gler lah 1/2 rakyat malaysia boroi.

gula putih punca.
Marilah kita sama² kurangkan pengambilan gula dan garam
Banyakkan senaman
Sihatkan badan
Baru la minda pun nyaman
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
1,728
Reaction score
147
Points
33
Petua elak diabetes... Banyak minum air kosong, suam atau sejuk tak jadi masalah asalkan no sugar. Kurangkan makan nasi. Quinoa elok untuk kesihatan bagi yang mampu. Banyakkan makan sayur, kangkong pun tak pa..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,692
Reaction score
11,380
Points
2,376
Petua elak diabetes... Banyak minum air kosong, suam atau sejuk tak jadi masalah asalkan no sugar. Kurangkan makan nasi. Quinoa elok untuk kesihatan bagi yang mampu. Banyakkan makan sayur, kangkong pun tak pa..
Betul dah tu @makcikcomei
Nasi banyak mengandungi gula
Lama ambil masa nak proses
Ni pun boleh jadi faktor boroi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register