BTC USD 54,259.7 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3,538 kakitangan awam P. Pinang terima bonus tambahan

adaman

Fun Poster
Messages
296
Joined
Mar 9, 2009
Messages
296
Reaction score
10
Points
15
PULAU PINANG, 18 Dis: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif dengan memberi bonus tambahan kepada 3,538 kakitangan awamnya sebagai tanda menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh mereka bagi membantu kearah pembangunan negeri ini.

Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, pemberian bonus pada peringkat awal sebanyak RM500 setiap orang dan tambahan sebanyak RM250 menjadikan keseluruhan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dibawah Dana Bantuan Khas Kewangan 2009 adalah sebanyak RM2,653,500.

“Pemberian dibawah Dana Bantuan Khas Kewangan 2009 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM824,750 bagi kumpulan perkhidmatan sokongan manakala RM59,750 adalah bagi kumpulan pengurusan dan profesional gred 41 hingga 54.

“Kerajaan Negeri tidak akan melupakan kakitangannya yang memberi perkhidmatan bersungguh-sungguh bagi memastikan negeri ini mencapai pembangunan yang diharapkan.

“Sejajar dengan itu sumbangan yang telah diberikan oleh mereka ini juga dihargai bagi meringankan beban mereka terutamanya dalam musim perayaan dan juga sesi persekolahan yang akan datang,” katanya.

Menurut Lim lagi sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), maka sudah pasti kakitangan yang memberi khidmat dengan penuh komitmen dan komited dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan akan diberi ganjaran dan penghargaan diatas sumbangan yang telah mereka berikan.

Untuk Baca sila tekan sini:
http://ourglobal.wordpress.com/2009/12/18/3538-kakitangan-awam-p-pinang-terima-bonus-tambahan/
 
Sponsored Post

ApoKalypse

Active+ Member
Messages
3,333
Joined
Dec 2, 2007
Messages
3,333
Reaction score
40
Points
30
pergh... aku dok melaka, xdapat pon bonus....
 

insyi©

CG Top Poster Club
Messages
28,101
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
waaaahhh...selangor taknak follow ke? selangor kan kaya...:D
 

adaman

Fun Poster
Messages
296
Joined
Mar 9, 2009
Messages
296
Reaction score
10
Points
15
Salah dari segi moral untuk minta bonus: Najib

:eek:
 

ummu

Junior Member
Messages
67
Joined
Jun 29, 2009
Messages
67
Reaction score
0
Points
6
pemberian bonus pada peringkat awal sebanyak RM500 setiap orang dan tambahan sebanyak RM250

apa maksud ni ye....
 

lelakigila

Active+ Member
Messages
2,543
Joined
Jul 11, 2008
Messages
2,543
Reaction score
24
Points
35
dorang dapat RM750.... :) :) :)
Sapa org Pinang yek, bleh belanja sya makan tak.... :)) :)) :))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register