BTC USD 27,779.8 Gold USD 1,996.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3,500 kenderaan dibenarkan guna cermin gelap.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sebanyak 3,500 pemilik kenderaan dikecualikan daripada peraturan penggunaan cermin gelap di atas faktor keselamatan terutamanya terhadap kenderaan individu dengan jawatan tertentu serta kenderaan agensi penguatkuasaan.

Katanya, penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap akan dilaksanakan bermula 1 Mei tahun hadapan.

“Peraturan baharu itu sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 November ini dan tarikh itu diubah bagi memberi masa kepada pemilik kenderaan, khususnya kenderaan import.

“Selepas mengambil kira masalah yang dihadapi pemilik kenderaan, maka wajar satu tempoh masa yang munasabah diberikan kepada orang ramai bagi mengambil tindakan pembetulan, khususnya bagi pemilik-pemilik kenderaan import mendapatkan gantian cermin mengikut kadar baharu VLT (ketelusan cahaya),” katanya menerusi laporan Bernama.

Ismail berkata pengguna jalan raya yang ingkar boleh dikenakan kompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka akan didenda sehingga RM1,000 atau dipenjarakan dua minggu.

Pihak JPJ juga akan menjalankan Operasi Khas terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan lampu ‘strobe’, lampu High-Intensity Discharge (HID) atau xenon dan saiz nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi juga akan dilaksanakan tahun hadapan.

http://www.freemalaysiatoday.com/ca.../3500-kenderaan-dibenarkan-guna-cermin-gelap/

Pengecualian terhadap peraturan itu masih diberikan kepada individu dengan jawatan tertentu serta kenderaan agensi penguatkuasaan atas faktor keselamatan.


tinted.jpg
 
Sponsored Post

none

Super Active Member
Messages
8,300
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,300
Reaction score
366
Points
91
xleh ke undang2 diletakan atas bahu penjual...?
klu terbukti pekedai jual tinted yg xlulus..amek tindakan atas pekedai.
JPJ boleh kasi lesen pekedai pasang iklan "kami hanya jual tinted yg dilulus JPJ"
lg bagus tuk biz...org lebih yakin..

selalu sangat pembeli dimangsakan..dh ler minyak naik 20sen:D
 

afshaman

Active+ Member
Messages
3,808
Joined
Nov 8, 2013
Messages
3,808
Reaction score
556
Points
81
xleh ke undang2 diletakan atas bahu penjual...?
klu terbukti pekedai jual tinted yg xlulus..amek tindakan atas pekedai.
JPJ boleh kasi lesen pekedai pasang iklan "kami hanya jual tinted yg dilulus JPJ"
lg bagus tuk biz...org lebih yakin..

selalu sangat pembeli dimangsakan..dh ler minyak naik 20sen:D

pengalaman kawan la...penjual ni mmg jual semua....dari yg lulus sampai ke yg illegal...terpulang pada pembeli nak pasang yg mana...kawan tinted dulu...dia bgtau siap2 kalau yg lulus ada warranty 5 tahun...yg illegal takde warranty...so kawan pasang yg lulus jpj je...2-3 kali dah kena roadblock dan lepas sbb mengikuti piawai...

dalam masa yg sama...ramai je yg pasang illegal tinted...bagi kawan...berani pasang...berani tanggung la...skang pun had ketelusan dah dikurangkan...kalau pengguna tu bijak dan berpelajaran...dia akan pasang ikut piawaian la...kalau pasang yg illegal jugak...budak2 makan pengat...sendiri mau ingat....:)paid
 
Sponsored Post

Top
Log in Register