BTC USD 35,586.9 Gold USD 1,877.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3,000 kakitangan bank berisiko hilang kerja - NUBE

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,058
Reaction score
4,485
Points
601
KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 pekerja dijangka kehilangan pekerjaan jika hampir 600 cawangan bank di Malaysia ditutup dalam 10 tahun akan datang berikutan peralihan pelanggan kepada perbankan digital.


Setiausaha Agung Kesatuan Nasional Pekerja Bank (NUBE), J Solomon, berkata meskipun bank mencatat peningkatan perkhidmatan digital, namun belum ada perbincangan kritikal mengenai kesan peralihan itu yang bakal mencetuskan penutupan operasi cawangan bank.


"Ini bukan sekadar kebimbangan dalam ruang lingkup siber, mesin, keuntungan dan pulangan kepada pemegang saham, tetapi lebih pentingnya adalah kehidupan serta kebajikan pekerja dan keluarga mereka," katanya kepada dihubungi BH.


Syarikat perunding terkemuka Eropah, Roland Berger dalam kajian terkininya bertajuk 'Branching out - The future of retail banking networks' baru-baru ini menjangkakan hampir 600 cawangan perbankan runcit di Malaysia mungkin ditutup dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menurut kajian itu, pengecilan operasi perbankan itu selaras dengan ledakan teknologi kewangan (fintech) yang menyaksikan pelanggan beralih kepada perkhidmatan digital.


Sehubungan itu, Solomon berkata, NUBE memohon kerajaan dan majikan bank berbincang dengan persatuan itu bagi mengetahui hala tuju operasi selepas langkah penutupan cawangan dilaksanakan.


Katanya, NUBE turut menggariskan beberapa cadangan kepada majikan termasuk langkah meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula pekerja selain pengekalan atau penempatan semula pekerja kepada peranan lain untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan apabila ekonomi kembali pulih serta berkembang pesat.


"Bank juga perlu bertanggungjawab melatih pekerja dengan mengembangkan potensi mereka menjangkaui tugas semasa mereka serta menjangka perubahan masa depan.


"Walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan sangat 'bersemangat' untuk meneruskan agenda digitalisasi dan perbankan digital, masih belum ada cadangan jelas mengenai bagaimana bank harus melindungi keselamatan pekerja yang terjejas," katanya.

 
Sponsored Post

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,677
Reaction score
219
Points
73
lps ni semua gne layan diri
mcm kt fast food restaurant
 

dungunboy

Fun Poster
Joined
Oct 14, 2013
Messages
756
Reaction score
140
Points
33
Setakat ni, kaunter bank penuh jer.. kalau urusan² yang boleh buat kat mesin / online diorang suruh buat sendiri jer. Siap ade PC lagi suruh guna.. x nampak lagi keperluan utk kurangkan staff bank ni..
10 tahun akan datang x pasti la, mcm² boleh berlaku..

Mcm post office jugak.. awal² dulu dah ade emel, dijangkankan perkhidmatan post tergugat.. last² skarang ni bercambah² syarikat courier..
 

isteri_aku

Active Member
Joined
Feb 5, 2012
Messages
2,123
Reaction score
50
Points
40
Keje paling dekat dengan riba' ialah keje bank. Kalo terpaksa berhenti sbb bank kecikkan operasi mungkin Allah akan bagi jalan rezeki kat tempat lain pulak....mana tau kann...
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,771
Reaction score
1,850
Points
201
bukan bank je.. lain2 sektor da kene buang keje dari PKP 2020 lagi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register