TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,138
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,138
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Segamat - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencuri 280 keping zink reban ayam milik seorang penternak di Logah, kelmarin.
Kehilangan zink daripada reban ayam sepanjang 40 meter itu disedari pemiliknya yang dikenali sebagai Gan jam 2 petang ketika membuat kerja pembersihan sebagai persediaan menerima kemasukan anak ayam baru dalam masa terdekat.
Menurut Gan, sebaik tiba di rebannya, dia terkejut apabila mendapati reban ayam yang kosong itu terang benderang dan apabila membuat pemeriksaan lanjut mendapati zink pada bahagian bumbung sudah tiada.
"Pada mulanya saya ingat zink tercabut diterbangkan angin kencang, tetapi selepas membuat pemeriksaan lanjut, saya mendapati dua pam air turut hilang dan mengesyaki ia mungkin angkara pencuri," katanya.
Gan berkata, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dan kembali kira-kira 40 minit kemudian bersama beberapa anggota polis bagi membantu siasatan.
Katanya, anggota polis yang melakukan siasatan kemudian menahan seorang lelaki berusia 45 tahun yang sedang bersembunyi di dalam semak kira-kira 100 meter daripada reban ayam berkenaan.
"Bersama lelaki itu turut ditemui dua pam air yang hilang dari reban bersama timbunan kepingan zink serta beberapa gulung wayar elektrik yang dicuri daripada reban ayam saya.
"Polis percaya lelaki berkenaan bersembunyi di dalam semak itu selepas menyedari kehadiran saya dan menyambung kerjanya kerana menyangkakan saya sudah beredar," katanya.
Gan berkata, dia pelik bagaimana lelaki itu boleh memindahkan 280 keping zink yang ditanggalkan daripada bumbung dan membawanya ke dalam semak berdekatan bersendirian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, suspek bukan lelaki tempatan itu turut didapati positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1404#sthash.vJbVynhl.dpuf