BTC USD 97,146.9 Gold USD 2,883.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

28 Korban Pesawat Terhempas Di Korea Selatan

1735788610539.png

1735788554147.png

1735788699976.png

1735788657344.png
 
Sponsored Post

CEO Jeju Air Di Larang Keluar Dari Korea Selatan

03.01.2025 - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jeju Air, Kim E-bae dilarang meninggalkan Korea Selatan selepas insiden pesawat terhempas yang mengorbankan 179 orang. Polis di wilayah Jeolla Selatan mengesahkan larangan berkenaan terhadap dua individu termasuk CEO berkenaan, lapor Astro Awani. Encik Kim sebelum ini memohon maaf kepada semua penumpang dan mangsa yang terlibat dengan nahas berkenaan.​

1735877742405.png

Katanya, walaupun belum tahu punca sebenar yang menyumbang kepada nahas itu, beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tragedi tersebut, seperti dipetik Astro Awani. Ahad lalu, pesawat B737-800 Jeju Air melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan dan meletup apabila ia merempuh struktur konkrit. Hanya dua daripada 181 orang yang terselamat dalam nahas tersebut.

Berita asal https://berita.mediacorp.sg/dunia/ceo-jeju-air-dilarang-keluar-dari-korea-selatan-904686
 

Operasi Pencarian Di Tapak Nahas Jeju Air Tamat​

848632969f1658bd2291c8ad608d198e677a14ad29c5f


MUAN (Korea Selatan), 5 Jan (Bernama-Yonhap) -- Pihak berkuasa Korea Selatan pada Ahad menamatkan operasi pencarian di lokasi nahas pesawat Jeju Air, seminggu selepas kemalangan maut yang meragut 179 nyawa ketika proses pemulihan hampir selesai, lapor agensi berita Yonhap.

Pegawai berkata agensi bomba, polis dan pasukan forensik kebangsaan telah menyelesaikan pencarian terakhir di bahagian ekor pesawat Jeju Air -- satu-satunya bahagian yang kekal utuh daripada nahas dan letupan -- lewat malam Sabtu.

Pihak berkuasa berkata sebarang penemuan tambahan mayat atau barangan peribadi adalah adalah tidak mungkin.

Pesawat Jeju Air yang membawa 181 orang yang pulang dari Bangkok, terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di daerah barat daya Muan pada 29 Dis, mengorbankan semua kecuali dua orang di dalamnya.

Operasi pencarian dijalankan sepanjang minggu lalu untuk mengeluarkan mangsa, manakala pasukan penyiasat bersama melaksanakan siasatan di lokasi bagi mengenal pasti punca nahas.

Kesemua 179 mayat telah ditemui, dan 151 daripadanya telah diserahkan kepada keluarga masing-masing bersama barangan peribadi yang dikenal pasti, lapor agensi itu.

Tidak termasuk tiga sekeluarga, baki 25 mayat dijangka diserahkan kepada keluarga mereka pada lewat hari ini.

-- BERNAMA-YONHAP
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register