BTC USD 59,760.8 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

28 ditahan, halang Kpg Baru Plentong Tengah diroboh

akay

Banned
gem
Messages
14,865
Joined
Jan 30, 2008
Messages
14,865
Reaction score
17
Points
115
Abdul Rahim Sabri | Oct 16, 08 11:51am
kemaskini 12:38pm Seramai 28 orang termasuk pemimpin PAS ditangkap polis di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru kerana cuba menghalang tindakanmerobohkan kawasan setinggan tersebut.

Menurut setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk, Taslim Nani, semua yang ditahan termasuk dua wanita dibawa ke balai polis Johor Jaya.

Mereka ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.

Taslim, yang kini masih ditahan, memberitahu Malaysiakini, ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.

Menurutnya lagi, pengerusi jawatankuasa itu Sameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan.

Bagaimanapun butiran lengkap kejadian ini masih belum jelas.

Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan kawasan itu selepas mendapat perintah mahkamah.

Menurut presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hassan Karim, yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.

Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.

Menurut sumber seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.

Sementara itu, tiga orang peguam sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran pihak polis untuk bertemu dengan mereka yang ditangkap itu.

Ketiga-tiga peguam tersebut ialah John Fernandez, Kuna Nadesan
dan Mathews George.

John memberitahu Malaysiakini sebenar tadi bahawa mereka tidak dibenarkan masuk menemui kumpulan yang ditahan.

Katanya, mereka juga tidak dibenarkan menemui pegawai penyiasat bagi kes tersebut.



ni ape kes eh..

sape2 dok plentong leh cite ke

KRONOLOGI KG. BARU PLENTONG TENGAH



1984 - 1986 - KAMI telah meneroka dan menduduki tanah lot tersebut dalam keadaan hutan rimba dan telah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai pihak terutamanya Wakil Rakyat mereka ketika itu lalu KAMI memohon serta mengisi borang permohonan tanah dengan bayaran RM 10.00 di pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan kemudian tanah tersebut telah diberi nama KG BARU PLENTONG TENGAH. (KBPT).

1987 - PTG telah dikurniakan KBPT kepada Mosbert Berhad (MB). KBPT telah bertukar pemilik sebanyak 2 kali dalam masa dan waktu yang sama. Mosbert Berhad (MB) —> Jet Ace Const (JAC) —> Oakfield Ent.

1989 - 1993 - Atas niat untuk memiliki KBPT secara sah dan di atas sokongan serta galakan Wakil Rakyat dan pelbagai pihak, persetujuan telah dibuat dengan OE tersebut setelah tawaran menjual tanah lot kepada KAMI dengan kadar nilai RM 5.00 bagi setiap kaki persegi dan sejumlah RM 417, 307.93 telah dikumpulkan sebagai bayaran 10 % daripada harga jualan telah di songlap oleh peguam yang dilantik.

1994-1995 - KAMI sekali lagi ditawarkan utk membeli KBPT secara individu dengan bayaran wang pendahuluan sebanyak RM 3K iaitu 10 % dari jumlah keseluruhan. Seramai 236 orang telah membuat bayaran berjumlah RM 820,000.00 kepada firma guaman milik OE.

1996 - OE telah menjual KBPT kepada Bukit Lenang Devp. ( BLD ).

1999 - PENEMPATAN SEMULA - Dari lebih 345 penduduk, hanya 179 yang ditawarkan dan hanya 123 yang terima kurnia.

2000 - RUMAH IBU - BLD menawarkan utk membina rumah ibu di penempatan semula, tapi TIPU.

2006 - TAWARAN MUHIBAH #1 - Melalui YB Datuk Seri Khaled (DSK), BLD menawarkan pampasan RM 10K + RM 2K, KAMI ajak runding BLD buat derk.

2007 - RUMAH MESRA RAKYAT - seramai 134 penduduk yang dikurniakan penempatan semula menghadiri temuduga syarikat Perumah Negara Berhad, tapi takde respond.

2007 - TAWARAN MUHIBAH #2 - BDL tawarkan RM 2K dan bina jalan di penempatan semula, KAMI ajak runding, BDL buat derk jugak. Lastly tak jadi bina jalan & tukar nak ratakan tapak plak, tapi tipu gak.

2007 - RUMAH KOS RENDAH - 67 Generasi ke2 KAMI memohon rumah kos rendah melalui TN HJ BAHA ( Pegawai Khas DSK ) tapi di pendam sehingga OGOS 2008.

15 OGOS 2008 - KALAH DI MAHKAMAH - Hampir 3K penduduk KBPT hendak dihalau dari Kampung Halaman Kami.

15 OKTOBER 2008 - DIMINTA HADIR KE PLENTONG, BERDEKATAN DENGAN LAMAN TASEK PANDAN, TAMAN MOLEK, JOHOR BAHRU, JOHOR. Untuk menghentikan pencerobohan ini.

DISEDIAKAN OLEH :
JENTERA KOMUNITI BELIA
JAWATANKUASA BERTINDAK (JKB) KBPT.


diaorg da usaha nak dptkan tanah tu tp dinafikan
 
Last edited:
Sponsored Post

KG. PLENTONG TENGAH : AMK JOHOR BERSAMAMU
Dengan kemeriahan Syawal AMK Johor di ketuai Sdr. Zabide Abas dan Sdr. Mohd. Nazri Ismail dengan semangat kental serta rakan-rakan AMK dari pelosok Johor tidur dirumah usang bagi menemankan penduduk Kg. Plentong Tengah bagi memastikan rumah mereka tidak dirobohkan.

Laporan dari Kg. Plentong Tengah.
15 Oktober 2008.
* 10.00 pagi - Anggota Polis Johor Jaya memula Sekatan jalan raya
* 5.00 Petang - Ketibaan 20 AMK Johor Bahru
* 5.20 Petang - Ketibaan 15 AMK Muar dan Kulai
* 5.30 Petang - Anggota Polis menambah bilangan bagi menghalang orang luar masuk
* 6.00 Petang - Ketibaan 25 AMK dari beberapa bahagian dari Tenggara, Simpang Ranggam.
* 6.30 Petang - Wakil penduduk diwakili Wak Pian mulai gusar kerana penduduk ada yang dihalang untuk pulang kerumah.
* 7.30 Malam - AMK dari berapa bahagian mulai tiba lagi
* 8.30 Malam - Setiausaha Johor Sdr. Nazri tidak dibenarkan masuk dan terpaksa diseludup oleh penduduk Kampung
* 8.45 Malam - Penduduk Kg. menjamu AMK Johor yang ingin tidur bersama-sama mereka.
* 10.00 Mlm - Wakil penduduk menyerahkan rumah usang untuk kami bermalam di bersebelahan surau.

16 Oktober 2008
* 5.30 Pagi - Sholat Subuh berjemaah bersama penduduk
* 6.30 pagi - Penduduk Kg. menyediakan sarapan.
* 7.00 Pagi - ketibaan beberapa lagi AMK Johor.
* 7.45 Pagi - Ketibaan 4 Kontigen FRU dengan anggota lebih kurang 200 Anggota
* 8.00 pagi - Anggota Polis menambah lagi Anggota
* 8.10 Pagi - Lebih kurang 300 orang temasuk dari PKR, PAS, DAP, PRM dan NGO dapat memasuki Kampung
* 8.20 pagi - Sdr. Mohd Nazri terpaksa menenangkan penduduk Kg. yang semakin panik. Polis menabah lagi anggota
* 8.30 pagi - FRU mula mengepung kami. Penduduk semakin panik.
* 9.30 Pagi - Rayuan kami telah diterima agar penagguhan merobohkan premis.
* 10.30 Pagi - Pemaju memberitahukan kami tarikh berikutnya 29hb Oktober 2008.
* 10.31 Pagi - 1. Kira-kira 10 rumah kosong telah dirobohkan
2. 100 orang penduduk dan NGO telah di pukul oleh FRU dan Polis
3. 24 penduduk telah ditahan oleh Polis
4. bantahan telah meningkat kepada 4,000-5,000 orang.
5. Mangsa yang telah dipukul telah dihantr ke Klinik dan Hospital.
6. MENTERI BESAR JOHOR SEDANG MENJAMU PARA STAFF DAN AHLI UMNO SEMPENA SAMBUTAN AIDIL FITRA DI KEDIAMANNYA.


ni lg kronologi kes plentong

ni link kat tranungkite.net..

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=36005#845611
 
kesian......tp kenapa duduk kat tanah org? Kekadang jeles tengok org yg ddk kat kaw setinggan, nak kata miskin ada kete, umah ada astrok. Mgkn tak sume tp ada yg smp ada umah teres 2 - 3 biji diorg gi sewakan kemudian duduk kat umah setinggan. Yg kat plentong ni mungkin xde kot. Tp kena check gak tu. Syabas PR sebab berjuang utk rakyat yg kesempitan.
 
nih masalah PR konon nk jd hero... hampeiss...

dah duk tanah numpang, troka without permisi
org halau suh pindah then dok buat lwn ngaku mcm tanah tu tanah pusaka
mak bapak dia punya...

apapon, dr khir berjaya menjadikan selangor setinggan sifar...
then khalid brahim pegang terus ngaku semua dia buat.. cait...
 
nih masalah PR konon nk jd hero... hampeiss...

dah duk tanah numpang, troka without permisi
org halau suh pindah then dok buat lwn ngaku mcm tanah tu tanah pusaka
mak bapak dia punya...

apapon, dr khir berjaya menjadikan selangor setinggan sifar...
then khalid brahim pegang terus ngaku semua dia buat.. cait...


patut le byk nak keta pelik2 msa tu...



p/s: wa ima sapa pn perintah...klo dah duk atas tanah org tu jaga2 jek le....klo pr pn jadi next gov....brani cuba le buat umah haram dlm daiman 18 tu...dkt jek dgn kg plentong tu...


apa pn takziah pda mangsa2...
 
dh duduk selama 25 30 thn. x kan x nlh bg lg hak tanah tu. pendatang buat rumah setinggan bnyk x kena roboh lak.Rumah rakyat M'sia diroboh, pastu ajak org S'pore dok kt Iskandar Malaysia


skit ari lagi kna le bro...


kat joho ni..sultan kami garang skit....


p/s; stingan yg area pandan dkt area2 ponderosa tu jaga2 yek....anda sdg diperhatikan.....lgipun tmpt tu byk na pendatang <<<< ntah ada permit ke x....ada pasport ke x
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register