26 ditahan dalam Operasi Taubat

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUANTAN - Seramai 26 pengunjung pusat hiburan termasuk dua wanita ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam Operasi Taubat awal pagi semalam.

Ketua Penguat Kuasa Agama JAIP, Ahmad Raffli Ab. Malek berkata, kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 55 tahun, iaitu 15 ditahan kerana kesalahan meminum arak manakala 11 lagi kesalahan khalwat.

Operasi yang bermula pada pukul 12 tengah malam dan berakhir pada pukul 2 pagi itu melibatkan 40 anggota JAIP dan polis yang memeriksa tiga premis hiburan di sekitar bandar Kuantan.
 
Top
Log in Register