26,000 Pengguna Elektrik Terputus Bekalan Selepas Pencawang Terbakar

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
JOHOR BAHARU, 26 Dis (Bernama) -- Kira-kira 26,000 pengguna di sebahagian kawasan Masai, Pasir Gudang dan Johor Jaya di sini, terputus bekalan elektrik apabila peti pembekal kuasa di pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kota Puteri, di sini terbakar, Jumaat malam .

Pengurus Besar TNB Johor Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata antara perumahan yang terlibat akibat kebakaran kabel dan alat suis 11kV pada pukul 10.45 malam itu termasuk Taman Megah Ria, Taman Rinting, Taman Kota Puteri, Permas Jaya, Seri Alam dan Plentong.

"Kerja-kerja pembaikan akibat kebakaran itu sedang giat dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Mohd Aminuddin berkata sehingga pukul 6 pagi tadi, kira-kira 50 peratus bekalan elektrik di sebahagian kawasan perumahan yang terlibat berjaya dipulihkan manakala bakinya, yang melibatkan kawasan Seri Alam dan Kota Puteri dijangka pulih kira-kira 8 pagi Ahad.

Beliau berkata 12 buah janakuasa bergerak sudah dihantar ke kawasan yang masih terputus bekalan manakala lapan buah janakuasa bergerak lagi dijangka ditambah petang Sabtu bagi memastikan pengguna mendapat bekalan.

Katanya punca kebakaran itu masih disiasat dan kerugian awal yang dicatatkan dianggarkan sebanyak RM5 juta.

"Kejadian ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan ke atas orang ramai. TNB meminta semua pengguna termasuk penduduk dan peniaga di kawasan berkenaan supaya dapat bersabar sementara menunggu kerja-kerja pembaikan selesai," katanya.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
mengamuk lagi la mamat cina tuuuuuuuuuu
 

ichizen98

Fun Poster
Joined
Nov 1, 2009
Messages
589
Reaction score
6
Points
15
kawan pun ada member kat seri alam tu hmmmm berpanas la jawap nye
 

epoque

Fun Poster
Joined
Dec 16, 2007
Messages
384
Reaction score
0
Points
10
muar tak kena... ini area pasir gudang ni... mmg teruk la...bertambah teruk sbb bomba sembur air kat electrical device... kebabommmm lah... takleh nak feedback customer sbb suisgear sudah basah... haperla bomba gi sembur air
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
seb baik desa jaya x kene...
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
muar tak kena... ini area pasir gudang ni... mmg teruk la...bertambah teruk sbb bomba sembur air kat electrical device... kebabommmm lah... takleh nak feedback customer sbb suisgear sudah basah... haperla bomba gi sembur air
jgn kene lak pasni suda..kuikuikui
 
Sponsored Post
Top
Log in Register