BTC USD 38,868.4 Gold USD 1,809.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Education 250 Pelajar SPM Di Pelawa Ikuti Program Bahasa Inggeris Percuma

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
04.06.2021 - Shah Alam, Seramai 250 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa menyertai Program Siri Tambahan Sekolah (Assist) bagi bahasa Inggeris pada Sabtu ini. Program kendalian Sukarelawan Team Selangor dibuka secara percuma khususnya kepada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah (B40).

“Program ini adalah susulan daripada SKORLah SPM yang dibuat pada awal tahun untuk membantu calon dalam menghadapi peperiksaan. Jika sebelum ini hanya 100 pelajar, kali ini kita sasar lebih ramai iaitu 250 dengan fokus dalam kumpulan sama,” kata Ketua Unit Sekolahnya, Muhamad Haziq Fikri Jasni ketika dihubungi.

Katanya, pelajar perlu merebut peluang ini kerana guru yang mengendalikan bengkel teknik menjawab soalan ini terdiri dalam kalangan mereka berpengalaman luas dan pernah memeriksa kertas peperiksaan.

“Guru terlatih dan berpengalaman kami bawakan istimewa buat pelajar dalam kalangan B40 atau yang memerlukan bantuan dan sokongan akademik. Pendaftaran adalah terhad. Mereka yang berminat boleh mendaftar di http://bit.ly/assistBI atau hubungi 017-612 7269 untuk maklumat lanjut,” katanya.

88175360_203001334394933_8129522769407770624_n-960x365.jpg


195195780_519814052713658_5430785054072908549_n-585x718.jpg

Berita asal https://selangorkini.my/2021/06/250-pelajar-spm-dipelawa-ikuti-program-bahasa-inggeris-percuma/
 

CG Sponsors




Top
Log in Register