25 artis ‘otai’ dapat rumah PPR

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,054
Reaction score
154
Points
33
KOS_ARTIS002-scaled.jpg


PETALING JAYA – Seramai 25 artis termasuk pelakon filem Hantu Kak Limah, Dalimawati Ismail dan dramatis Sheila Mambo menerima surat tawaran kediaman mampu milik Projek Perumahan Rakyat (PPR) semalam.

Mereka menerima surat tawaran itu menerusi inisiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin fasa pertama dalam satu majlis di Dewan PPR Lembah Subang 2 di sini.

Surat itu diserahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dengan disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Hadir sama Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Inisiatif itu adalah satu alternatif kerajaan melalui kerjasama Finas serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membantu penggiat seni yang kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

Zuraida berkata, penggiat seni hanya perlu membayar RM255 sebulan bagi sewaan unit kediaman mereka.

“Kita mahu mewujudkan satu perkampungan yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira status,” katanya.

Inisiatif itu memperuntukkan 50 buah rumah PPR kepada warga seni dan akan dibahagikan kepada dua fasa.

Bagi fasa pertama, 19 orang bakal ditempatkan di PPR Sri Aman, Kepong, manakala enam lagi di PPR Lembah Subang 2.

Rumah berkeluasan 650 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air itu dilengkapi dengan set meja makan, set sofa, katil, almari dan dapur gas hasil tajaan beberapa syarikat swasta.

Seperti penyewa lain, mereka tidak boleh culas membayar sewa rumah selama dua tahun sebelum dipertimbangkan untuk membeli unit yang diduduki.

Sementara itu, Ahmad Idham menafikan warga seni mendapat keistimewaan dalam memiliki rumah PPR fasa pertama tersebut.
Katanya, seramai 25 artis itu telah melalui proses saringan di bawah kendalian KPKT.

“Finas hanya membantu memudahkan permohonan warga seni ini kerana ada antara mereka yang kekurangan dokumen sokongan seperti slip gaji dan juga akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

“Setiap permohonan disaring dan diteliti, sama seperti rakyat lain, jadi harap tidak timbul salah faham,” ujarnya.

Ahmad Idham berkata, penyediaan sebahagian kelengkapan rumah pula adalah di bawah usaha Biro Kebajikan Finas yang diterajui oleh Datuk Eizlan Yusof.


== kosmo online
 
Top
Log in Register