25~31 Jan: RON97 -4sen RM2.49, RON95 RM2.08, Diesel RM2.18

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,880
Reaction score
8,910
Points
2,226

Harga minyak susut


TOKYO: Harga minyak susut lebih rendah dalam dagangan awal hari ini menjelang mesyuarat OPEC, selepas mengalami kenaikan pada sesi sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 10 cents, atau 0.2 peratus kepada AS$62.90 setong pada 0112 GMT.

Brent menetap pada 3.6 peratus, semalam.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) merosot 22 cents, atau 0.4 peratus kepada AS$58.21 setong.

Ia berakhir tinggi 4.2 peratus pada Rabu.

Harga minyak kini kembali kepada paras seminggu lalu, sebelum merosot disebabkan kekurangan perkembangan terbaharu mengenai penyelesaian perang perdagangan antara Sino-Amerika Syarikat (AS).

Ia sekaligus menjejaskan pertumbuhan dan permintaan minyak.

Perhatian pelabur kini beralih kepada mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya bermula Khamis, yang kemungkinan mengadakan lebih banyak pemotongan bekalan.

Kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai OPEC+ berusaha untuk mengatasi pengeluaran dari AS, yang kini pengeluar terbesar minyak dunia.

OPEC bertujuan menaikkan pemotongan bekalan tetapi memerlukan persetujuan daripada Russia dan pengeluar minyak lain bagi mengelakkan lebihan bekalan pada tahun depan, selepas berdepan pertumbuhan perlahan pada 2019.
-REUTERS


 
  • Like
Reactions: TT
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,880
Reaction score
8,910
Points
2,226

Harga minyak naik dalam dagangan awal di Asia hari ini


TOKYO: Harga minyak meningkat dalam dagangan awal di Asia hari ini, dengan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) diniagakan menghampiri paras tinggi dua bulan selepas OPEC bersetuju meningkatkan pemotongan bekalan hampir 50 peratus pada awal 2020.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik dua cents pada AS$58.45 setong pada 0101 GMT.

Ia meningkat paras tinggi sehingga AS$59.12 setong pada Khamis, tertinggi sejak akhir September.

Sementara, niaga hadapan Brent menokok satu cent pada AS$63.40 setong. Penanda aras minyak mentah antarabangsa itu sebelum ini susut 0.6 peratus pada Khamis.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya termasuk Russia - yang mana kumpulan berkenaan dikenali sebagai OPEC+ telah bersetuju untuk meningkatkan pemotongan bagi mengelak lebihan bekalan, pada awal tahun depan sejajar dengan pertumbuhan ekonomi perlahan di tengah-tengah perang perdagangan antara AS-China.

Menerusi perjanjian itu, ia akan mengurangkan pengeluaran 500,000 tong sehari (bpd), menerusi pematuhan lebih ketat dan beberapa penyesuaian.

-REUTERS


 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,429
Reaction score
20,748
Points
1,661
Najib Razak
6 hrs ·

Baru tadi, Menteri Jaga Agama Wakanda mempertahankan kenaikan harga minyak yang akan bermula bulan depan.

Dia kata langkah kerajaan PH ini adalah baik kerana ianya boleh menjimatkan RM10 bilion setahun untuk kerajaan.

Dia kata jika ada subsidi untuk semua, kita akan rugi.

Itu hari ini:

“If we have subsidies for all, we will lose money. Government can save RM10 bilion per year"

Ini dulu:

"Kenaikan 10sen per liter petrol ron95 bagi Pak Menteri mungkin langsung mereka tidak terasa bahkan mereka langsung tidak terasa kerana minyak petrol mereka pun ditanggung oleh rakyat!"

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,880
Reaction score
8,910
Points
2,226

Harga minyak susut


SINGAPURA: Harga minyak susut hari ini selepas data industri menunjukkan peningkatan tidak dijangka dalam inventori minyak mentah di Amerika Syarikat (AS) dan ketika mana pelabur menunggu berita sama ada pusingan baharu tarif AS ke atas barangan China akan berkuat kuasa pada Ahad.

Niaga hadapan Brent susut 44 sen, atau 0.7 peratus, kepada AS$63.90 satu tong pada 0342 GMT.

Harga West Texas Intermediate (WTI) turun 33 sen, atau 0.6 peratus, kepada AS$58.91 satu tong, turun daripada paras tertinggi dua bulan yang di cecah pada Selasa.

"Pada masa ini, semua orang menjangkakan pengurangan ketara dalam inventori, tetapi ia meningkat," kata Tony Nunan, pengurus risiko minyak di Mitsubishi Corp.

Simpanan minyak mentah AS mencatat peningkatan mengejut pada minggu baru berakhir, manakala inventori petrol dan minyak disuling juga meningkat, demikian menurut data kumpulan industri American Petroleum Institute (API).

Inventori minyak mentah menokok sebanyak 1.4 juta tong pada minggu berakhir 6 Disember kepada 447 juta, sementara penganalisis menjangkakan penyusutan 2.8 juta tong. - Reuters


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,880
Reaction score
8,910
Points
2,226


Penggunaan RON95 E4M dapat mengurangkan pengeluaran asap serta penjagaan enjin lebih bersih​


RON95 gred tinggi E4M mula dijual Januari depan


PUTRAJAYA - Gred petrol RON95 berkualiti tinggi dengan spesifikasi standard bahan bakar Eropah EURO4M (E4M) akan mula diperkenalkan di stesen minyak seluruh negara Januari depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz berkata, E4M yang merupakan petrol berkualiti setanding RON97, akan menggantikan standard E2 yang sedang digunakan.

Menurutnya, pihak industri telah bersedia untuk melaksanakan penjualan gred tinggi RON95 itu dengan kerja-kerja di peringkat depoh dan stesen minyak telah dan sedang dijalankan.

Katanya, tidak banyak negara yang mempunyai standard E4M dan antara negara yang menggunakannya ialah United Kingdom dan Australia.

"RON95 E4M adalah tinggi kualitinya dan tahun hadapan pengguna akan dapat menikmatinya," katanya kepada Bernama dalam temu bual.

Muez berkata, antara kebaikan RON95 E4M adalah aspek penjagaan kualiti alam sekitar kerana penggunaannya dapat mengurangkan pengeluaran asap serta penjagaan enjin lebih bersih.

Menurutnya, KPDNHEP mendapatkan kerjasama syarikat petrol seperti Shell, Petronas dan Petron bagi pelaksanaan inisiatif itu.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, pengenalan kualiti bahan api yang lebih tinggi adalah salah satu usaha untuk mencapai matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara 2009 iaitu mengurangkan pencemaran alam sekitar serta kesan kepada kesihatan orang awam.

Matlamat itu juga menjadi janji ke-39 'Mengimbangi Pembangunan Ekonomi Dengan Perlindungan Alam Sekitar' dalam manifesto Pakatan Harapan.

Muez berkata, mana-mana syarikat yang didapati melanggar arahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pada 18 Ogos 2014, kerajaan bersetuju dengan pelaksanaan spesifikasi kualiti bahan api petrol EURO4M dan EURO5 iaitu Petrol RON97 EURO4M pada 1 September 2015, RON95 E4M (1 Oktober 2018), Diesel EURO5 (1 September 2020) dan Petrol EURO5 (1 September 2025).

Namun pada 5 Oktober 2018, Saifuddin Nasution berkata, kerajaan memutuskan tarikh pelaksanaan RON95 E4M ditangguhkan dari 1 Oktober tahun itu ke 1 Januari 2020 bagi menjajarkan perubahan harga kos produk bagi RON95 E4M dengan permulaan kerja-kerja transisi kepada produk RON95 E4M di peringkat depoh minyak dan stesen minyak. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/61540/BERITA/Nasional/RON95-gred-tinggi-E4M-mula-dijual-Januari-depan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
  • Like
Reactions: TT

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
20,399
Reaction score
1,654
Points
201
Higher grade E4M RON95 to be introduced in January 2020

By Samantha Tan and Amanina Mohamad Yusof

PUTRAJAYA, Dec 12 -- The upgraded RON95 petrol with European fuel standard specifications Euro 4M (E4M) will be introduced at petrol stations nationwide starting January next year.

Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry secretary-general Datuk Muez Abd Aziz said the E4M RON95, which is equivalent in quality with RON97, will replace the current the E2-standard petrol.

He said the new E4M RON95 petrol has environmental quality care benefits as it reduces smoke production and provides cleaner engine maintenance.

“The E4M RON95 petrol is of higher quality and the consumers will be able to enjoy it starting next year,” he told Bernama in an interview.

Muez said industry players are preparing to carry out the sale of the higher grade petrol where works at the depot and gas stations level had been or are being done.

Not many countries have the E4M-standard petrol and the United Kingdom and Australia were among the countries that had been using it, he said.

Prior to this, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail reportedly said that the introduction of the higher quality fuel is one of the efforts to achieve the goal of National Green Technology Policy 2009 which is reducing environmental pollution and its impact on public health.

The goal is also the 39th promise in the Pakatan Harapan manifesto which is ‘Balancing Economic Development with Environmental Protection’, he said.

Muez said action could be taken to any company found to violate these directives under the Environmental Quality Act 1974.

-- BERNAMA

 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
20,399
Reaction score
1,654
Points
201
RON95 EURO 4M MULA DIJUAL JANUARI DEPAN!




Gred petrol RON95 berkualiti tinggi dengan spesifikasi standard bahan bakar Eropah EURO4M (E4M) akan mula diperkenalkan di stesen minyak seluruh negara Januari depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz, berkata E4M yang merupakan petrol berkualiti setanding RON97, akan menggantikan standard E2 yang sedang digunakan.

Beliau berkata, pihak industri bersedia untuk melaksanakan penjualan gred tinggi RON95 itu dengan kerja-kerja di peringkat depoh dan stesen minyak kini dijalankan.

Menurutnya, tidak banyak negara yang mempunyai standard E4M dan antara negara yang menggunakannya ialah United Kingdom dan Australia.

"RON95 E4M adalah tinggi kualitinya dan tahun hadapan pengguna akan dapat menikmatinya," katanya kepada Bernama dalam temu bual.

Muez berkata, antara kebaikan RON95 E4M adalah aspek penjagaan kualiti alam sekitar kerana penggunaannya dapat mengurangkan pengeluaran asap serta penjagaan enjin lebih bersih.

Beliau berkata, KPDNHEP mendapatkan kerjasama syarikat petrol seperti Shell, Petronas dan Petron bagi pelaksanaan inisiatif itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dilaporkan berkata, pengenalan kualiti bahan api yang lebih tinggi adalah salah satu usaha untuk mencapai matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara 2009 iaitu mengurangkan pencemaran alam sekitar serta kesan kepada kesihatan orang awam.



Matlamat itu juga menjadi janji ke-39 “Mengimbangi Pembangunan Ekonomi Dengan Perlindungan Alam Sekitar” dalam manifesto Pakatan Harapan, katanya.

Muez berkata mana-mana syarikat yang didapati melanggar arahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pada 18 Ogos 2014, kerajaan sudah bersetuju dengan pelaksanaan spesifikasi kualiti bahan api petrol EURO4M dan EURO5 iaitu Petrol RON97 EURO4M pada 1 September 2015, RON95 E4M (1 Oktober 2018), Diesel EURO5 (1 September 2020) dan Petrol EURO5 (1 September 2025).

Namun pada 5 Oktober 2018, Saifuddin Nasution berkata kerajaan memutuskan tarikh pelaksanaan RON95 E4M ditangguhkan dari 1 Oktober tahun itu ke 1 Januari 2020 bagi menjajarkan perubahan harga kos produk bagi RON95 E4M dengan permulaan kerja-kerja transisi kepada produk RON95 E4M di peringkat depoh minyak dan stesen minyak. - BERNAMA

 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,429
Reaction score
20,748
Points
1,661
14-20 Dis RON97 kekal

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 kekal pada harga RM2.64 seliter bagi 14 Disember 2019 sehingga 20 Disember.


Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.34 seliter dan RM2.32 seliter masing-masing.

Tiada perubahan bagi harga runcit produk petrol RON95, manakala terdapat kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.30 seliter pada minggu lepas, kata Kementerian Kewangan.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi tempoh 14 Disember 2019 sehingga 20 Disember 2019 adalah berjumlah RM111.44 juta. – MalaysiaGazette
 
Sponsored Post
Top
Log in Register