234 komputer riba dilari penyamun

CG Sponsors




kimix77

Fun Poster
Joined
Jan 20, 2008
Messages
584
Reaction score
3
Points
20
SHAH ALAM: Seorang pemandu lori cedera di tangan kanan dan belakang badan selepas ditetak dua penyamun sebelum lori yang dipandunya dilarikan di Jalan Pengatucara U1/51, membabitkan kerugian RM468,000 di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa, 42, yang memandu berseorangan keluar dari sebuah gudang di Glenmarie menuju ke Petaling Jaya sebelum lorinya ditahan sebuah kereta.


Sejurus kemudian dua lelaki bersenjata parang turun dari kenderaan terbabit sebelum memecahkan tingkap sebelah pemandu dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta suspek.


Difahamkan mangsa cuba bergelut dengan suspek terbabit sebelum dia dicederakan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandra, berkata ketika kejadian mangsa memandu lori jenis Isuzu berwarna putih bernombor pendaftaran BEE447 membawa muatan 234 unit komputer riba dan 300 unit bag.

“Kami tidak menolak berkemungkinan mangsa cuba bergelut dengan penyerang sebelum dia ditetak di tangan dan badan.


“Bagaimanapun, dia sempat melarikan diri dan meminta bantuan orang ramai sebelum dia dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya, semalam.


Chandra berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa agak lewat iaitu kira-kira jam 11 pagi, sekali gus menyebabkan usaha mengesan suspek agak sukar.


“Keadaan mangsa kini stabil dan kami akan mendapatkan keterangan daripadanya secepat mungkin bagi menyiasat kejadian ini.


“Usaha mengesan lori juga dipergiatkan dan kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di 03-55102220 atau balai polis berdekatan,” katanya.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,420
Reaction score
21,052
Points
1,671
xnk jual murah2 ke hehe
 

dyla shahri

CG Top Poster Club
Joined
Dec 2, 2009
Messages
22,919
Reaction score
1,040
Points
191
huhu nak satu laptop.....
banyaknyer dia rompak....
jual pastu jd kaye ....
huhu
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Kesian laaa pemandu tu tak pasal2 kena tetak. Lain kali jgn lawan buat seksa diri sendiri aje. Brg2 tu mesti ada insuran. Pasni adalah jual laptop murah2 giler
 

alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
mcm mana depa tau ade 234 unit komputer riba dan 300 unit bag...
mesti ade informer...
 

taufic

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 6, 2008
Messages
14,651
Reaction score
692
Points
161
huhu ada jugak dua tiga thread laptop murah2 nie hehe
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
ada sapa sapa yang jual laptop curian nie ker
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,192
Reaction score
823
Points
176
harap2 bukan geng CG punya n.b dahler ;)
 

adil2604

Super Active Member
Joined
Jun 13, 2008
Messages
7,146
Reaction score
153
Points
73
wa masyuk penyamun tu...boleh buka cyber cafe versi laptop jer...huhuhuhuuuu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register