BTC USD 94,861.5 Gold USD 3,306.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

23 termasuk 7 polis cedera letupan bom di Yala

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,296
Joined
Dec 6, 2010
Messages
20,296
Reaction score
1,430
Points
201
6187987210343662939_121.jpg


23 termasuk 7 polis cedera letupan bom di Yala


NARATHIWAT, Selatan Thailand: Seramai 23 individu termasuk tujuh anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, 23 Feb lalu


"Ketika kejadian, beberapa anggota polis sedang melakukan rondaan dengan menaiki dua kenderaan pacuan empat roda.

"Apabila kenderaan polis tiba di pasar raya itu, sebutir bom yang disembunyikan dikawasan berhampiran dan dipercayai diaktifkan menggunakan alat kawalan jauh meletup secara tiba-tiba," katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian di sini.

Surawit berkata semua mangsa yang terdiri daripada tujuh anggota polis dan 16 orang awam telah dibawa ke Hospital Bannang Sata untuk mendapatkan rawatan, dan siasatan polis sedang giat dijalankan.

Insiden letupan itu berlaku sehari sebelum lawatan kerja bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, ke wilayah selatan Thailand dalam usaha mencari penyelesaian kepada konflik yang telah berlarutan sekian lama.

Lawatan itu merupakan kunjungan pertama Thaksin ke wilayah berkenaan sejak dilantik sebagai penasihat tidak rasmi Pengerusi ASEAN, serta lawatan pertamanya ke kawasan itu selepas lebih 20 tahun sejak pentadbirannya dijatuhkan pada 2006. BERNAMA

Artikel Berita Harian


6187987210343662929_121.jpg

6187987210343662928_121.jpg

6187987210343662930_120.jpg

6187987210343662931_120.jpg

6187987210343662934_120.jpg

6187987210343662932_120.jpg

6187987210343662933_120.jpg

6187987210343662936_120.jpg

6187987210343662935_120.jpg

6187987210343662937_120.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register