23 kes pembalakan haram dikesan di Kelantan

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,443
Reaction score
2,438
Points
206
895349.jpg


KOTA BHARU, - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan bermula pada Mac lalu ternyata tidak menghalang pembalak haram untuk menceroboh kawasan hutan simpan kekal (HSK) di Kelantan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah berkata, sepanjang tempoh itu, pihaknya telah mengesan sebanyak 23 kes pencerobohan HSK terutamanya di Gua Musang, Kuala Krai dan Machang.

Beliau berkata, HSK di Ulu Sat, Machang seluas 14,710 hektar adalah kawasan yang kerap diceroboh pembalak haram kerana di situ dikatakan mempunyai lebih 1,000 spesies kayu bermutu tinggi seperti Balau, Balau Merah, Chengal dan Merbau yang boleh mencapai harga RM1,500 satu meter padu.

“Pencerobohan yang dilakukan bagi mendapatkan kayu bermutu tinggi, dilakukan sebilangan pembalak secara kecil-kecilan dan biasanya kumpulan ini didalangi penduduk tempatan dan warga asing yang mempunyai kemahiran membelah kayu.

“Walaupun PKP didapati tidak menakutkan penceroboh tersebut, namun dengan tindakan pantas penguat kuasa sejak Mac, seramai 13 individu termasuk sembilan warga asing dari Thailand dan Myanmar berjaya ditahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Abdullah Khalim berkata, sepanjang PKP pihaknya masih meneruskan pemantauan dan penugasan selain masih terus menerima maklumat daripada orang ramai.

Jelasnya, dalam tempoh tiga hari lalu, tiga kes telah pun dibawa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman selain merampas pelbagai jenis kayu, mesin serta kenderaan daripada pembalak haram, bernilai lebih RM40,000. - Bernama

 
Top
Log in Register