combat13
Super Active Member
- Messages
- 7,088
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 7,088
- Reaction score
- 222
- Points
- 73
Naib Canselor UPM Datuk Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah (kiri) menyampaikan Anugerah Khas Akademia Putra kepada Prof Dr Tan Chin Ping (kanan) pada Majlis Gemilang Putra 2025 di Universiti Putra Malaysia.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebanyak 23 kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) termasuk 19 pensyarah dan penyelidik menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor UPM sempena Majlis Gemilang Putra (MGP) 2025 yang berlangsung di sini hari ini.
Anugerah berkenaan disampaikan Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah pada majlis itu yang bertemakan "Menjulang Kompetensi, Menyahut True North".
Ahmad Farhan berkata penganugerahan itu mampu mendorong lebih ramai staf akademik UPM untuk mengekalkan standard kecemerlangan dan memperkasakan daya inovasi dalam proses pengajaran serta pembelajaran.
“Anugerah ini secara langsung dapat menggalak dan memupuk kreativiti serta inovasi dalam kalangan pensyarah. Ia menyokong penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL),” katanya ketika berucap pada majlis itu di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM.
Selain itu, beliau berkata penganjuran majlis berkenaan sebagai tanda keprihatinan universiti dan ruang khusus mengiktiraf serta penghargaan terhadap komitmen, modal insan berkualiti dan iltizam warga UPM yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang 2024.
"Mereka telah banyak menabur jasa dan bakti serta sumbangan yang tidak ternilai di menara ilmu yang bertuah ini," katanya.
Sementara itu, penerima Anugerah Fellowship Naib Canselor (Perunding Cemerlang) Prof Dr Zaiton Samdin berkata anugerah berkenaan menjadi satu kebanggaan yang dapat dikongsi bersama rakan sekerja yang banyak membantunya dalam menjalankan penyelidikan.
"Ini kali kedua saya menerima anugerah ini, pastinya ini semua kerana keluarga, rakan seperjuangan dan pihak fakulti yang sentiasa memberikan aura positif serta sokongan berterusan dalam kajian yang dijalankan. Ini memberikan saya kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan," katanya.
Penerima Anugerah Khas Akademia Putra 2024 Prof Dr Tan Chin Ping yang melanjutkan pengajian di UPM bermula daripada Ijazah Sarjana Muda sehingga ke Ijazah Doktor Falsafah (PhD) turut berkongsi kegembiraannya apabila menerima anugerah berkenaan.
23 Kakitangan UPM Terima Anugerah Fellowship Naib Canselor Sempena MGP 2025
UPM, Majlis Gemilang Putra, Anugerah Fellowship Na
