221 Isi Rumah Dapat Manfaat Program Mesra Rakyat TNB

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,936
Reaction score
3,005
Points
236
24.02.2020 - Kuala Lumpur, Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkata sejumlah 221 isi rumah telah mendapat manfaat daripada Projek Mesra Rakyat (PMR) di seluruh negara sejak 2012 melibatkan nilai sebanyak RM6.97 juta.

PMR merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab korporat TNB (CSR) untuk masyarakat bukan Islam B40 yang mana ia bertujuan membantu dalam membaiki, membina atau membeli rumah bernilai sehingga RM50,000.

Terbaru, syarikat utiliti itu bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menolong 12 keluarga terpilih memiliki rumah sendiri, yang sebelum ini disewa daripada DBKL (Projek Perumahan Rakyat).

“Memandangkan betapa sukar untuk membina rumah di Kuala Lumpur kerana kekangan tanah, kami telah bekerjasama dengan DBKL bagi memastikan mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan ini.

“Sejak PMR dilaksanakan buat pertama kali pada 2012, sejumlah RM1.26 juta telah dibelanjakan di bawah program ini bagi membiayai 30 buah rumah untuk mereka yang kurang berkemampuan di Kuala Lumpur,” kata Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman dalam satu kenyataan.

Selain PMR, TNB juga telah menjalankan projek yang sama iaitu Baiti Jannati bagi umat Islam yang kurang bernasib baik.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/02/221-isi-rumah-dapat-manfaat-program-mesra-rakyat-tnb/
 
Top
Log in Register