BTC USD 23,472.9 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

220 Laporan Skim Penipuan Pelaburan Zuttelo, Rugi Lebih RM84 Juta

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,696
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,696
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
08.12.2022 - Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 220 laporan berhubung skim penipuan Zuttelo melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM84,579,831.76 sejak Ogos lepas. Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sedang menyiasat sindiket berkenaan yang dikesan aktif menjalankan kegiatan penipuan itu di seluruh negara sejak dua tahun lepas.

“Berdasarkan siasatan, kegiatan pelaburan ini mula aktif sejak tahun 2020 sehingga laman web syarikat tersebut ditutup sekitar Ogos tahun ini. Skim pelaburan ini menawarkan sembilan pakej pelaburan dengan jumlah pelaburan antara USD630 hingga USD12,700 dengan setiap pelabur dijanjikan pulangan minimum sebanyak 16.5 peratus sebulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pelabur yang berminat perlu mendaftar melalui aplikasi www.8liga.net dan diberi pilihan sama ada melabur dalam bentuk wang tunai atau mata wang kripto. Noorsiah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan PDRM mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada serta melaksanakan semakan yang lebih terperinci dari sumber-sumber rasmi seperti Semak Mule, alert list Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa jua skim pelaburan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa sindiket penipuan pelaburan tersebut sudah menjerat kira-kira 10,000 mangsa dengan kerugian kira-kira RM3 bilion dalam tempoh dua tahun lepas.​

1670479451922.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,696
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,696
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
Penipuan Zuttelo Guna Wang Kripto, Lebih 10,000 Mangsa Rugi Cecah RM3B Sejak 2020

08.12.2022 - Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 220 laporan berhubung skim penipuan Zuttelo melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM84,579,831.76 sejak Ogos lepas. Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sedang menyiasat sindiket berkenaan yang dikesan aktif menjalankan kegiatan penipuan itu di seluruh negara sejak dua tahun lepas.

"Berdasarkan siasatan, kegiatan pelaburan ini mula aktif sejak tahun 2020 sehingga laman web syarikat tersebut ditutup sekitar Ogos tahun ini. Skim pelaburan ini menawarkan sembilan pakej pelaburan dengan jumlah pelaburan antara USD630 (RM2,777) hingga USD12,700 (RM55,994) dengan setiap pelabur dijanjikan pulangan minimum sebanyak 16.5 peratus sebulan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Noorsiah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan PDRM mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada serta melaksanakan semakan yang lebih terperinci dari sumber-sumber rasmi seperti Semak Mule, alert list Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa jua skim pelaburan.

Beliau berkata, pelabur yang berminat perlu mendaftar melalui aplikasi www.8liga.net dan diberi pilihan sama ada melabur dalam bentuk wang tunai atau mata wang kripto. Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa sindiket penipuan pelaburan tersebut sudah menjerat kira-kira 10,000 mangsa dengan kerugian kira-kira RM3 bilion dalam tempoh dua tahun lepas.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2022...lebih-10000-mangsa-rugi-cecah-rm3b-sejak-2020
 
Sponsored Post

Top
Log in Register