22 Anggota Tentera Vietnam Hilang - Tanah Runtuh

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
18.10.2020 - Hanoi, Sekurang-kurang 22 anggota tentera hilang dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Quang Tri, tengah Vietnam, kata kerajaan negara itu, ketika negara Asia Tenggara tersebut dilanda banjir paling buruk sejak sekian lama.

Hujan sejak awal Oktober yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh telah meragut sekurang-jurangnya 64 nyawa di tengah Vietnam, dengan hujan lebat dijangka dalam beberapa hari lagi.

Tanah runtuh telah menimbus satu unit berek polis, kata kerajaan dalam satu kenyataan di laman sesawang, beberapa hari selepas insiden tanah runtuh yang mengorbankan 13 orang, kebanyakannya anggota tentera, di wilayah Thua Thien Hue, lapor Reuters.

Laporan media kerajaan berkata, paras air sungai di wilayah Quang Tri naik pada paras tertinggi dalam tempoh lebih 20 tahun.

tanah-runtuh-681x454.jpg


Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/10/18/tanah-runtuh-22-anggota-tentera-vietnam-hilang/
 
Top
Log in Register