BTC USD 61,073.5 Gold USD 2,612.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

21 peratus penduduk EU miskin

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,224
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,224
Reaction score
988
Points
121

21 peratus penduduk EU miskin​

AGENSI - Jun 13, 2024 @ 1:22am


Bendera EU di luar ibu pejabat Suruhanjaya EU di Brussels, Belgium. - Foto REUTERS
Bendera EU di luar ibu pejabat Suruhanjaya EU di Brussels, Belgium. - Foto REUTERS


ISTANBUL: Jumlah penduduk yang terjerumus dalam kancah kemiskinan atau penyisihan sosial di negara Kesatuan Eropah (EU) mencecah 94.6 juta tahun lalu.

Menurut Biro Perangkaan EU, EUROSTAT, angka itu meliputi 21 peratus daripada populasi EU, sekali gus menyaksikan lebih seorang daripada lima orang hidup dalam kemiskinan.

Risiko tertinggi adalah di Romania dengan 32 peratus, diikuti Bulgaria 30 peratus, Sepanyol pada 27 peratus, dan Greece pada 26 peratus.

Yang terendah adalah di Czechia pada 12 peratus, diikuti Slovenia dengan 14 peratus, manakala Finland dan Poland masing-masing mendapat 16 peratus.


Agensi Anadolu melaporkan risiko lebih tinggi untuk wanita, golongan muda, mereka yang mempunyai pendidikan rendah dan individu yang menganggur.

Data menunjukkan wanita di EU mengalami risiko kemiskinan atau penyisihan sosial yang lebih tinggi pada 22.4 peratus, berbanding lelaki pada 20.3 peratus.

Walaupun mereka yang bekerja menghadapi risiko kemiskinan atau penyisihan sosial sebanyak 11.3 peratus, mereka yang menganggur menghadapi risiko yang jauh lebih tinggi pada 66.3 peratus.

Penilaian risiko kemiskinan atau pengecualian sosial membabitkan faktor seperti tahap pendapatan, kekurangan material dan sosial serta dan intensiti kerja.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register