209 rakyat Malaysia ditahan di luar negara

CG Sponsors




kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
KUALA LUMPUR: Seramai 209 rakyat Malaysia ditahan di luar negara berhubung penipuan dan pemalsuan kad kredit menjadikan jenayah kedua mencatatkan bilangan tertinggi selepas dadah sejak enam tahun lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 32 individu ditahan di Ireland, 25 kes di Kuwait dan 20 kes di China, dan semua suspek berkenaan sama ada sedang menjalani hukuman penjara atau menunggu dibicarakan di mahkamah.

Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pilay yang menganggap kes berkenaan agak serius, bagaimanapun berkata, ada suspek sudah dibebaskan dan dijatuhkan hukuman.
“Kes penipuan kad kredit diakui memang serius kerana mencatatkan angka tertinggi selepas dadah iaitu seramai 729 rakyat Malaysia yang ditahan sejak lapan tahun lalu. Namun seorang rakyat Malaysia yang ditahan di New York, Oktober lalu dianggap paling banyak melakukan kesalahan sehingga berjaya mencuri hampir setengah juta nombor kad kredit.

“Segelintir mangsa berumur antara 20 hingga 30-an kerap ke sesebuah negara untuk melakukan pembelian sebelum ditahan,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/209rakyatMalaysiaditahandiluarnegara/Article
 
Top
Log in Register