2022 FIFA World Cup

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #3
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,660
Reaction score
11,716
Points
2,376

TRIVIA 🍁 | Piala Dunia 1994 : Duka Escobar, Piala Dunia Terakhir Maradona Dan Final Dua Pasukan Pragmatis

Bagi peminat bolasepak di Malaysia yang sempat mengikuti Piala Dunia edisi ke-15 ini, anda semestinya sudah berumur lingkungan lewat 30an dan keatas. FIFA telah memilih Amerika Syarikat sebagai tuan rumah Piala Dunia untuk tahun 1994. Pemilihan ini telah mengundang tanda tanya dari banyak pihak. Bagaimana kejohanan terbesar dunia ini boleh dimainkan di negara yang sukan utamanya bukan bolasepak ? Mereka merasakan kejohanan ini kelak bakal sepi dan tidak mendapat sambutan. Ternyata, ramalan mereka tidak tepat sama sekali. Stadium hampir terisi penuh dalam setiap perlawanan. Inilah Piala Dunia dengan jumlah penonton terbesar mencapai lebih dari 3 juta penonton dengan rata-rata satu perlawanan disaksikan hampir 68 ribu penonton.

Pada kejohanan kali ini, FIFA telah membuat beberapa perubahan baru agar Piala Dunia ini berjalan lebih menarik. Yang pertama adalah sistem 3 mata untuk negara yang meraih kemenangan setelah sebelumnya hanya 2 mata untuk setiap kemenangan. Yang paling ketara adalah peraturan 'back pass'. Untuk pertama kalinya, hantaran belakang terus ke penjaga gol tidak boleh ditangkap. Jika melanggar peraturan, maka akan dikenakan hukuman tendangan bebas di dalam kotak penalti.

Tragedi Escobar

Pele pernah meramalkan bahawa Colombia bakal menjadi juara di Amerika Syarikat. Jika melihat penampilan mereka ketika pusingan kelayakan maka ramalan Pele itu seakan munasabah dan masuk akal. Faustino Asprilla bermain dengan sangat cemerlang. Mereka tidak pernah kalah di pusingan kelayakan dengan diantaranya membelasah Argentina 5-0 di Buenos Aires. Akan tetapi, penampilan mereka berubah ketika kejohanan sebenar berlangsung. Diletakkan di dalam kumpulan A bersama-sama Switzerland, Romania dan Amerika Syarikat, mereka hanya meraih satu kemenangan dan tersingkir di peringkat kumpulan.

Mereka dikejutkan apabila tewas 1-3 pada perlawanan pembukaan kepada Romania. Perlawanan kedua pula, Los Cafeteros kalah lagi kepada pasukan tuan rumah, Amerika Syarikat dengan jaringan 1-2. Kemenangan keatas Switzerland pun tidak membawa sebarang erti lagi. Sepulang dari Amerika, tragedi menimpa salah seorang pemain mereka iaitu Andres Escobar.

Escobar adalah pemain yang menjaringkan gol sendiri ketika Colombia kalah kepada Amerika Syarikat. Saat itu, Escobar telah dijadikan kambing hitam dek kerana gol sendirinya itulah yang membuatkan Colombia tersingkir awal. 10 hari selepas kejadian tersebut, pemain pertahanan Nacional Medellin itu ditemui mati di sebuah bar setelah ditembak enam das peluru. Beliau disahkan meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital.

Berakhirnya Piala Dunia Maradona

Di usianya yang sudah menjangkau 33 tahun, Maradona masih ikut serta dalam skuad Albiceleste kendalian Alfio Basile. Beliau masih diberi kepercayaan sebagai kapten pasukan. Maradona bertekad mahu menebus kekalahan empat tahun sebelumnya dengan membawa Argentina ke final Piala Dunia untuk kali ketiga secara berturut-turut.

Akan tetapi, Maradona tidak mengakhiri Piala Dunianya kali ini dengan jaya. Setelah mengetuai Argentina mengalahkan Nigeria, beliau diminta untuk menjalani beberapa saringan ujian doping. Malang bagi Maradona apabila ujian tersebut didapati positif hasil penggunaan Eferdin, ubat penurun berat badan yang ketika itu menjadi masalah bagi pemain. Awalnya Maradona disaring kes doping tersebut adalah ketika menjaringkan gol menentang Greece. Ketika itu beliau berlari mencari kamera sambil berteriak. Ternyata ada yang tidak kena dan mengatakan beliau dibawah pengaruh ubat-ubatan kerana bahagian bawah matanya terlihat berwarna kuning.

Maradona kemudian segera diarahkan pulang dan menerima hukuman penggantungan FIFA dari bermain sebarang aksi bolasepak selama 15 bulan. Albiceleste pula hanya mampu melangkah sehingga ke pusingan suku akhir setelah ditunjukkan jalan keluar tewas 2-3 kepada Romania.

Brazil Juara Dengan Taktik Pragmatis

Sudah 24 tahun Brazil tidak bergelar juara dunia. Setelah 1970, Jogo Bonito mereka tidak mempamer aksi yang baik meskipun skuad itu sentiasa dipenuhi pemain-pemain yang hebat. Untuk itu, jurulatih mereka di Piala Dunia 1994, Carlos Alberto Parreira mengubah gaya permainan Brazil dari yang sebelumnya bermain cantik menjadi lebih pragmatis.

Pragmatisme mereka berjalan baik. Diundi satu kumpulan bersama Sweden, Rusia dan Cameroon, mereka hanya bolos 1 gol. Ketika pusingan kalah mati, hanya Belanda sahaja yang berjaya menjaringkan gol ke gawang Claudio Taffarel. Sehingga kejohanan berakhir, mereka hanya bolos sebanyak 3 kali sahaja.

Pada aksi final, taktik pragmatis Brazil diuji oleh pasukan yang memang terkenal dengan taktik bertahan total iaitu Itali. Bertemunya dua pasukan dengan taktikal bertahan justeru membuat final menjadi antiklimaks. Tidak banyak peluang tercipta sehingga membuatkan final kali ini menjadi final pertama yang harus ditentukan pemenang menerusi sepakan penalti.

Ketika penentuan penalti, Brazil hanya gagal sekali melalui sepakan Marcio Santos sementara tiga penendang Itali gagal, salah satunya yang paling diingati adalah sepakan dari Roberto Baggio yang melambung tinggi. Ini merupakan gelaran keempat Brazil yang menjadikan mereka sebagai peraih gelaran dunia terbanyak. Brazil juara dengan produktiviti gol yang agak rendah iaitu hanya dengan 11 jaringan sahaja.

Selain tiga cerita diatas, ada beberapa kisah menarik lainnya sepanjang Piala Dunia 1994. Juara bertahan Jerman tersingkir kepada pasukan kuda hitam, Bulgaria. Selain itu, Stanford Stadium menjadi saksi pecahnya dua rekod dalam satu perlawanan.

Ketika perlawanan Rusia menentang Cameroon yang berakhir kemenangan 6-1 untuk Rusia, Roger Milla mencipta sejarah menjadi pemain tertua yang menjaringkan gol di Piala Dunia ketika berusia 43 tahun. Catatan bersejarah juga dicipta oleh penyerang Rusia, Oleg Salenko. Beliau menjadi satu-satunya pemain yang menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan. Bekas pemain Dynamo Kiev itu merupakan penjaring terbanyak kejohanan dengan enam gol bersama penyerang Bulgaria, Hristo Stoichkov.

Sumber : ligalaga.id / wikipedia
✍🏻 : Zorro_Boro
 
Sponsored Post

seb345

Banned
Joined
Feb 14, 2020
Messages
5
Reaction score
0
Points
3
so is it really going to be in the witer? I have hear rumors but I am not sure
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #3
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,660
Reaction score
11,716
Points
2,376

FB_IMG_1589548601468.jpg

A wonderful photo: Barcelona, 1982, opening match of the World Cup, Diego Maradona -alone- facing six Belgians.
However, this fantastic image does not show the full truth of the action. Here I compiled the sequence of the play ➡ https://bit.ly/2Lv8aP1
 
Sponsored Post
Top
Log in Register