2022 FIFA World Cup

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,858
Reaction score
11,718
Points
2,376
Kalau tgk group F. jepun mcm laluan mudah untuk mara.. pasukan top tu. walaupun player dia kcil2. tp mcm lipas kudungg lari..

harap HM boleh mara. :)cgrock:)cgrock
harap la tu HM pn blh g jauh dlm kelayakan Piala Dunia
Blh layak tu kira KPI terbaik la buat masa skrg
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,858
Reaction score
11,718
Points
2,376
https://www.cari.gold/app/uploads/sites/2/2019/07/Filipina.jpg

https://www.cari.gold/app/uploads/sites/2/2019/07/Keputusan-undian-WCQ-01.jpg

https://www.cari.gold/app/uploads/sites/2/2019/07/Pemain-kacukan-Filipina.jpg

MICHAEL KEMPTER, JESSE CURRAN DAN RAPHAEL OBERMAIR.
SUMBER GAMBAR: FOX SPORT ASIA


https://www.cari.gold/app/uploads/sites/2/2019/07/Amin-Nazari.jpg

AMIN NAZARI

Filipina Mahu Senaraikan 5 Pemain Kacukan Baharu


Pasukan kebangsaan Filipina mahu menyenaraikan lima pemain kacukan baharu bagi memperkuatkan pasukan menjelang perlawanan saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula pada September ini.

Dalam saingan pusingan kelayakan, The Azkals diundi dalam kumpulan A bersama China, Syria, Maldives dan Guam dimana mereka akan memulakan kempen menentang Syria di laman sendiri pada 5 September sebelum bertemu Guam di laman lawan pada 10 September.

Dalam usaha untuk memantapkan pasukan serta meningkatkan peluang untuk mencabar dalam saingan peringkat kelayakan yang akan berlangsung bermula September 2019 hingga June 2020, Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF) mahu menyenaraikan lima pemain kacukan yang beraksi di luar Filipina.

Menurut pengurus pasukan, Dan Palami, pihaknya berharap dapat memanggil tiga pemain pertahanan iaitu Michael Kempter, Jesse Curran dan Elias Mordal serta dua pemain tengah, Raphael Obermair dan Amin Nazari untuk menyertai beraksi bersama pasukan.

Kempter ketika ini beraksi di Switzerland bersama FC Zurich dimana pemain berusia 24 tahun itu beraksi di posisi pertahanan kanan manakala pemain yang dilahirkan di Australia, Jesse Curran ketika ini beraksi bersama Dundee United di Scotland.

Pemain berdarah kacukan Norway-Filipina, Elias Mordal pula beraksi bersama Brattvag IL dalam saingan Liga Norway. Raphael Obermair pernah beraksi bersama Bayern Munich dan ketika ini pemain berusia 23 itu mewakili kelab Austria, SK Sturm Graz. Seorang lagi pemain, Amin Nazari yang merupakan adik kepada bekas pemain Melaka United, Omid Nazari ketika ini beraksi bersama Ratchaburi Mitr Phol FC dalam saingan Thai League 1.

“Tempoh dua minggu yang akan datang penting untuk kami bagi memastikan lima pemain ini sedia untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan pada saingan peringkat kelayakan. Kami perlu bekerja keras bagi membawa masuk pemain tersebut jika mahu mempunyai satu pasukan yang mantap,” kata Palami menurut laporan Fox Sport Asia.

Kempter dan Nazari dikhabarkan telah mempunyai pasport Filipina dan tiga lagi pemain kini sedang dalam proses permohonan untuk mendapatkan pasport.


https://www.cari.gold/filipina-mahu-senaraikan-5-pemain-kacukan-baharu/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,858
Reaction score
11,718
Points
2,376
The Asian section of the 2022 FIFA World Cup qualification will act as qualifiers for the 2022 FIFA World Cup, to be held in Qatar, for national teams which are members of the Asian Football Confederation (AFC). Apart from Qatar, who qualified automatically as hosts, a total of 4.5 slots (4 direct slots and 1 inter-confederation play-off slot) in the final tournament are available for AFC teams

The qualification process will involve four rounds, where the first two will double as the qualification for the 2023 AFC Asian Cup


The qualification structure is as follows:

First round: 12 teams (ranked 35–46) played home-and-away over two legs. The six winners advanced to the second round

Second round: 40 teams (ranked 1–34 and six first-round winners) were divided into eight groups of five teams to play home-and-away round-robin matches. The eight group winners and the four best group runners-up advance to the third round of FIFA World Cup qualification as well as qualify for the 2023 AFC Asian Cup finals. Should Qatar finish as winners or runners-up in their group, the fifth-best runners-up will go to the third round in their stead

Third round: 12 teams which will have advanced from the second round will be divided into two groups of six teams to play home-and-away round-robin matches. The top two teams of each group will qualify for the World Cup, and the third-placed teams will advance to the fourth round

Fourth round: The two third-placed teams from the third round will play home and away over two legs. The winners will advance to the inter-confederation play-offs
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,858
Reaction score
11,718
Points
2,376
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,858
Reaction score
11,718
Points
2,376
SOCCEROOS sakit kumpulan ni, jordan dan kuwait menanti...
Bio ler deme x layak main WC :)
Kuwait pn bgs jgk dlm ranking dunia
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,858
Reaction score
11,718
Points
2,376


LOGO rasmi Piala Dunia 2022 telah dilancarkan di seluruh dunia. - Foto REUTERS
Qatar lancar logo rasmi Piala Dunia 2022


DOHA: Qatar melancarkan logo rasmi Piala Dunia 2022 di Doha dan di kotaraya utama seluruh dunia pagi tadi.

Logo dengan rekaan selendang Arab berwarna merah hati dibentuk seperti nombor lapan yang membawa simbol infiniti dan dicetak perkataan ‘FIFA WORLD CUP Qatar 2022’.

Ia dilancarkan di perkarangan Bangunan Arkib Kebangsaan dekat Bandar Msheireb, di bahagian selatan lengkap dengan kawalan tentera berkuda sambil disaksikan ratusan hadirin.

Ia dipancarkan ke arah bangunan itu tepat pada jam 20:22 waktu tempatan (1722 GMT) – sebagai simbolik tahun penganjuranya pada 2022.

"Logo itu sangat elegan dengan menampilkan budaya tempatan dihiasi warna yang terdapat pada bendera Qatar," kata pekerja Algeria, Mourad Bencheikh, 36, yang kagum menyaksikan pelancaran itu.

"Orang ramai akan menyukainya.”

Logo berkenaan turut dilancarkan di Kota Madrid, Buenos Aires dan Beirut serta beberapa kota raya utama dunia lain.

"Logo yang ini sangat unik buat Qatar," kata jurunilai dari Sri Lanka, Mohammed Fairoos, 30, yang hadir bersama sekumpulan rakan sambil berswafoto di hadapan bangunan Arkib Kebangsaan itu.

"Ia menakjubkan."

Pegawai rasmi Qatar berkata, rekaan logo itu diilhamkan daripada selendang tradisional warga tempatan yang lazim dipakai sepanjang musim sejuk.

Piala Dunia 2022 akan berlangsung pada November hingga Disember 2022 bagi mengelak suhu panas di negara teluk itu.

"Seperti juga bola sepak, selendang itu sangat popular untuk penyatuan, fabrik yang ditenun untuk kegunaan pakaian harian orang ramai,” kata Jawatakuasa Induk menerusi kenyataan.

Beberapa bulan kebelakangan ini, Qatar sudah meningkatkan persiapan promosi ke peringkat global.

Mei lalu, Qatar merasmikan Stadium al-Janoub dengan kapasiti 40,000 penonton dengan satu pertandingan Piala Emas dilangsungkan di situ.

Arena stadium itu hasil rekaan arkitek kelahiran Britain-Iraq, Zaha Hadid dibina di pesisir pantai selatan Doha, dibina dengan harga AS$575 juta (RM2.4 bilion).

Daripada lapan stadium baharu yang dibina untuk Piala Dunia, Stadium Antarabangsa Khalifa paling awal disiapkan dan bakal digunakan pada Kejohanan Olahraga Dunia, hujung bulan ini.

Pihak berkuasa juga membina rangkaian jalan raya baharu bagi melancarkan aliran trafik yang menghubungkannya dengan semua stadium, hub pengangkutan utama dan lokasi tumpuan pelancongan. – AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,858
Reaction score
11,718
Points
2,376
Sponsored Post
Top
Log in Register