BTC USD 49,116.7 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2009 tahun perkukuh pertahanan Negara

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR - Ketibaan kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman di perairan negara selepas 55 hari mengharungi samudera bermula dari Toulon, Perancis adalah antara peristiwa bersejarah yang tercatat dalam rekod pertahanan negara tahun ini.

Tanggal 3 Sept merupakan detik bersejarah negara apabila kapal selam KD Tunku Abdul Rahman, yang dikemudi Komander Zulhelmy Ithnain bersama 35 krew, membuat kemunculan di Pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.

Pemilikan kapal selam diesel-elektronik generasi baru jenis Scorpene oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu, meletakkan Malaysia negara ketiga di Asia Tenggara memiliki aset itu selepas Singapura dan Indonesia.

Kapal selam Scorpene yang dibina syarikat perkapalan Perancis, Defence Conseil National (DCN) dan rakan kongsi dari Sepanyol, Navantia, berkelajuan 20 knot itu dilengkapi dengan peralatan terkini serta sistem navigasi tercanggih, sistem tempur yang dikenali sebagai SUBTICS, kelengkapan senjata peluru berpandu `Sub-surface to surface missiles', torpedo dan periuk api di laut serta berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api dengan pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya.
 
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
bagus laa..sebab kat thread sebelah sibuk kata tanah melayu bakal kena injak2 dengan tentera dajal..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register