BTC USD 61,105.2 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral 200 teksi terbiar jadi kebun sayur..

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,740
Reaction score
425
Points
91
200 teksi terbiar jadi kebun sayur..
FB_IMG_1632762035099.jpg
FB_IMG_1632762037292.jpg
FB_IMG_1632762039514.jpg

TEKSI terbiar diubah suai menjadi kebun mini sayur-sayuran di Bangkok, Thailand. – AFP

BANGKOK: Ratusan teksi terbiar di sebuah tempat letak kenderaan di Bangkok, Thailand dimanfaat sepenuhnya dengan diubah suai menjadi kebun mini sayur-sayuran.

Lapor Channel News Asia, inisiatif itu dilakukan ketika ramai pemandu teksi terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

Dilaporkan, sayur-sayuran seperti daun bawang, terung dan cili tumbuh subur pada batas tanah diperbuat daripada buluh di atas bumbung dan bonet teksi terbiar itu.

Kira-kira 200 teksi diparkir di sebuah tapak letak kenderaan di kawasan Koperasi Teksi Ratchapruek di Bang Waek Road sejak setahun lalu.

Semua teksi itu ditinggalkan oleh pemandu yang sudah tidak mampu lagi menguruskan kenderaan tersebut disebabkan pandemik Covid-19.

“Pekerja saya berasa tertekan, kami semua juga tertekan di pejabat. Jadi, kami mendapat idea untuk menanam apa jenis sayur-sayuran,” kata Thapakorn Asawalertkul kepada Channel News Asia.

Thapakorn, 54, merupakan penasihat Koperasi Teksi Ratchapruek dan Baworn yang memiliki kira-kira 8,000 teksi.

Perniagaan itu sedikit sebanyak membantu pemandu teksi memperoleh pendapatan.

Sejak pandemik Covid-19 melanda Thailand tahun lalu, pemandu teksi menderita krisis kewangan.

Pendapatan mereka merosot akibat kekurangan penumpang sementara hutang juga bertambah.

Menurut Thapakorn, ramai pemandu teksi memilih untuk meninggalkan kenderaan mereka dengan koperasi dan pulang semula ke kampung halaman kerana tidak mampu membayar sewa guna.

Tambahnya, dua koperasi teksi itu kini dibebani hutang sebanyak tiga bilion baht (RM376 juta) daripada lebih 2,900 kontrak yang tidak dipenuhi. – AGENSI
 
Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,587
Reaction score
970
Points
121
Sebab tu tak boleh highly dependent dgn sesuatu je, kena ada kepelbagaian ekonomi. Bali yg fully bergantung dgn pelancongan paling terjejas.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,942
Reaction score
2,929
Points
206
boleh pulak dia bertenggek atas bumbung tu.
kereta sekarang ni bumbung lembut macam tin minuman.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,289
Reaction score
2,279
Points
201
Sebab tu tak boleh highly dependent dgn sesuatu je, kena ada kepelbagaian ekonomi. Bali yg fully bergantung dgn pelancongan paling terjejas.

Malaysia pon sama gak. Duk pasal myk je.. petronas.. proton.. petronas patut kongker projek national lain tuk jadikan international.. kene ikut perangai alibaba, amazon..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register