200 lagi ikan paus terdampar di Tasmania

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
AUSTRALIA-ANIMAL-ENVIRONMENT_1600831464.jpg


SYDNEY: Pasukan penyelamat yang berusaha mengapungkan kembali ikan paus terdampar di sebuah teluk terpencil Australia mendakwa mereka menjumpai 200 ekor lagi mamalia itu menjadikan keseluruhan 470 ekor terperangkap, setakat ini.

Jurucakap Jabatan Alam Sekitar negeri berkata, paus bersirip panjang itu terperangkap di dua lokasi berasingan di Teluk Macquarie, di pantai barat Tasmania, iaitu kawasan yang jarang didiami manusia.

"Apa yang kita dapatkan sahkan terdapat 200 paus yang tidak dikesan hingga lokasi ini dijumpai, iaitu di antara tujuh hingga 10 kilometer dari teluk," katanya.

Pengurus Perkhidmatan Taman dan Hidupan Liar, Nic Deka, berkata lokasi kedua itu ditemui awal pagi tadi oleh pasukan pemantauan udara yang dipercayai kebanyakannya sudah mati.

"Kami sudah menggerakkan pasukan untuk segera ke lokasinya untuk kerja menyelamat.

"Sebilangan besar daripadanya nampak sudah mati tetapi kami akan menunggu laporan daripada kru, sebelum kami membuat keputusan lanjut," katanya pada sidang media di bandar terdekat, Strahan.

Isnin lalu, kira-kira 270 ikan paus ditemui dan usaha besar-besaran pasukan penyelamat dilakukan untuk melepaskan mamalia yang kebanyakannya terdampar di beting pasir yang hanya dapat diakses menggunakan bot.

Sekurang-kurangnya 90 ikan paus itu mati, walaupun saintis berharap pasukan penyelamat dapat menyelesaikan misi penyelamatan dalam beberapa hari ini.

Sejak Selasa lalu, penyelamat terpaksa menempuhi suhu sejuk untuk membebaskan kira-kira 25 mamalia itu menggunakan bot yang dilengkapi dengan tali pinggang khas untuk menarik paus kembali ke laut lepas.

Penemuan 200 ikan paus pada hari ini menjadikan jumpa ikan paus terdampar paling terbesar dalam sejarah Tasmania.

Pegawai penyelamat kini memperluaskan zon pencarian bagi menyelamat lebih banyak ikan paus terdampar di kawasan berdekatan.

Pasukan itu disertai 60 pakar pemuliharaan, sukarelawan mahir dan pekerja ternakan ikan tempatan dalam usaha mereka mengapungkan 200 ikan paus supaya mamalia itu kembali ke paras air lebih dalam. - AFP


== bharian
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,510
Reaction score
1,601
Points
596
Allahu kesian na
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,708
Reaction score
832
Points
86
Setahu saya ada 2 je kemungkinan.
1- Gangguan system kominikasi yang menggunakan sonar.
2- Ketakutan pada pemangsa lain.
Kalau ada info lain share lah.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,208
Reaction score
1,102
Points
201
Setahu saya ada 2 je kemungkinan.
1- Gangguan system kominikasi yang menggunakan sonar.
2- Ketakutan pada pemangsa lain.
Kalau ada info lain share lah.
gempa bumi dasar laut biasa nya
 
Sponsored Post
Top
Log in Register