200 Ahli PKR merusuh depan pejabat PKR desak nuar blah!!!

CG Sponsors




mr.driver

Active Member
Joined
Nov 5, 2010
Messages
2,438
Reaction score
11
Points
25


http://sa-melayu.blogspot.com/2010/11/200-anggota-pkr-desak-pemilihan-mpp.html


200 Anggota PKR Desak Pemilihan MPP Dihentikan, Anwar Berundur

Sendiri bikin, sendiri tanggong.....
DULU, semasa gerakan reformasi sedang memuncak di negara ini, rakyat sering didedahkan dengan pelbagai tunjuk perasaan membantah kepimpinan dan agensi kerajaan dengan pelbagai tuduhan yang bertujuan menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat terhadap pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional serta Umno.

Alhamdulillah, setelah tiga tahun berlalu, semua itu tidak kelihatan lagi. Kalau adapun sekadar isu-isu yang lebih kepada isu perkauman yang ditaja oleh DAP. Ahli PKR dan Pas hanya tolong jadi tukang sorak dan meramaikan sahaja.

Lama kelamaan, rakyat mula sedar apa yang mereka lakukan selama itu sia-sia sahaja dan matlamatnya tidak ada sangkut paut dengan kepentingan rakyat tetapi, adalah untuk kepentingan parti-parti tertantu dalam pakatan, terutamanya DAP.

Kini, isu nasional dan perkauman yang sempit telah tidak mendapat sambutan. Mereka yang masih gian dengan aktiviti tunjuk perasaan, terutamanya anggota PKR mencari-cari ruang untuk terus mengadakan tunjuk perasaan membantah sesuatu yang mereka fikir tidak sepatutnya berlaku.

Oleh kerana PKR tidak lagi berdaya menganjurkan tunjuk perasaan membangkang dan membantah pemimpin negara dan kerajaan pusat kerana isu dalaman parti itu sendiri semakin hari semakin berat, maka ahli yang gian dengan tunjuk perasaan itu adakanlah pula protes membantah kepimpinan parti sendiri.

Itulah yang terjadi di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini – Sabtu. Seramai 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan protes di depan ibu pejabat parti itu bagi mendesak pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dihentikan serta-merta, selepas didakwa tidak telus atau tidak berlaku adil kepada calon yang bertanding.

Perhimpunan protes yang bermula 10.30 pagi dan berakhir 12 tengah hari itu diketuai bekas timbalan setiausaha agung PKR, S.Jenapala Perumal.

Selain itu, turut kedengaran laungan "Hidup Zaid" (bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim) dan "hentikan segera pemilihan parti."

Bagaimanapun, Zaid tidak kelihatan sepanjang protes itu walaupun beliau pada mulanya dilapor akan mengetuainya.

Protes itu juga mempamerkan beberapa kain rentang yang tertera perkataan "Shame on you Anwar", "Anwar dan Azmin: pemimpin paling kotor, cakap tak serupa bikin, pemilihan parti yang paling kotor, penipu, pembohong dan pengkhianat dan mereka akan hancurkan parti kesayangan kita" serta "kami cinta Parti Keadilan Rakyat, penipuan di Pemilihan parti, demokrasi dikuburkan, apakah ini keadilan, jangan tipu kami".

Bagaimanapun, tidak ada wakil atau pemimpin PKR yang tampil meredakan keadaan dan pintu masuk ke ibu pejabat parti itu juga telah dikunci.

Bercakap kepada pemberita, Jenapala Perumal berkata tidak ada sebarang memorandum atau surat yang akan diserah kepada pimpinan PKR, sebaliknya, protes itu dilakukan untuk membolehkan pucuk pimpinan mendengar permintaan supaya pemilihan parti dihentikan.

"Sejumlah 162 aduan telah dibuat kepada MPP, tidak ada satupun yang diselesaikan. Kami ke sini untuk menunjukkan protes kerana anggota tidak gembira dengan pemilihan parti seperti ini," katanya.Bekas Bendahari PKR Selangor K.S.Kottapan yang turut serta dalam protes itu mendakwa, pemilihan yang tidak telus menyaksikan haknya untuk bertanding sebagai anggota MPP telah dinafikan.

"Ini bukan pemilihan parti yang bersih. Saya menggesa pimpinan parti dengan segera hentikan pemilihan ini dan adakan semula daripada peringkat cabang. Saya pasti mereka akan ambil tindakan, khususnya (terhadap) orang seperti saya ini dan akan memecat kita.

"Apa yang kita minta ialah pemilihan dihentikan dan dilakukan semula, tetapi langsung tidak ada sebarang tindakan diambil. Kita di sini berjuang untuk keadilan rakyat, bukan berjuang untuk pemimpin-pemimpin tertentu," katanya.

Mengulas kenyataan Zaid yang juga bekas calon timbalan presiden yang mahukan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim serta naib presiden Mohamed Azmin Ali berundur dari PKR, Kottapan berkata beliau menyokong apa yang dikatakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

"Kita kena tukar pimpinan kita untuk menjadikan PKR maju dan rakyat terus mempercayai kita. Kita tahu pilihan raya umum juga dah semakin hampir, jadi kita perlu lakukan perubahan drastik. Saya sokong Zaid nak tubuhkan parti baru dan kalau PKR tidak berubah, saya rela saya dipecat," katanya.

Ketua Komuniti India Selayang, yang juga calon timbalan ketua cabang Selayang, B.Rajandran pula mendakwa pucuk pemimpin PKR sekarang terlalu mementingkan diri dan tidak membela nasib rakyat.

"Ketua-ketua yang ada sekarang ini semuanya pentingkan diri sendiri sahaja. Mereka tak peduli tentang rakyat dan janji-janji yang mereka buat masa pilihan raya, itu semuanya tidak ditunaikan lagi.

"Tetapi semua nak dapatkan Putrajaya sahaja...tapi tak buat apa-apa untuk rakyat, nak tangkap Putrajaya nak buat apa?," katanya.

Bagaimanapun, protes tersebut berlangsung secara aman di bawah pengawasan polis.
- Bernama

SATU MELAYU: Inikah yang dikatakan ‘senjata makan tuan’ atau ‘peluru makan tuan’?

Tak tahulah berapa banyak lagi tunjuk perasaan membantah kepimpinan parti sendiri akan diadakan oleh mereka yang gian dengan kegiatan itu.

*

makin serabut dahh PKR... bungkus la hangpa!!!! :eek:
 
Sponsored Post

Scorpions10

Legendary Member
Joined
Jan 29, 2010
Messages
16,345
Reaction score
56
Points
120
PKR tu anwar yg tubuhkan..knapa nk suruh dia berundur.kekuatan PKR tu sendiri terletak pd anwar.klau dia xde mmg hancur la pkr.ini yg korang nk sebenarnya kan..bayangkan klau anwar berundur xde apa2 jawatan,apa guna dia lg.dh mmg dia x relevan lg laa..apapun yg terjadi aku ttp sokong anwar.sblm ni dia byk membantu rakyat.klau dia x bangkit sblm ni ntah dh jd apa ngan malaysia nih..korang lg la tuttt..semua ni agenda nk bunuh karier dia shj..mgk
 

qassam

Fun Poster
Joined
Nov 13, 2008
Messages
875
Reaction score
3
Points
15
masih ramai yg xcelik..la la la...tgk la rtm n tv3 byk lg,huhu
 

zia

Fun Poster
Joined
Jul 9, 2009
Messages
700
Reaction score
24
Points
15
elok la zaid nie tubuhkan parti barua..
br setahun jagung dh nk jadi VP..
nk tgk gak sapa yg menyokongnya..
 

RajaDiamond

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 30, 2008
Messages
5,688
Reaction score
8
Points
65
PKR tu anwar yg tubuhkan..knapa nk suruh dia berundur.kekuatan PKR tu sendiri terletak pd anwar.klau dia xde mmg hancur la pkr.ini yg korang nk sebenarnya kan..bayangkan klau anwar berundur xde apa2 jawatan,apa guna dia lg.dh mmg dia x relevan lg laa..apapun yg terjadi aku ttp sokong anwar.sblm ni dia byk membantu rakyat.klau dia x bangkit sblm ni ntah dh jd apa ngan malaysia nih..korang lg la tuttt..semua ni agenda nk bunuh karier dia shj..mgk
mmg patut la berudur..
dgr la nasihat DR ASRI tu..
dah sampai tahap wajib bersara kot..
 

RajaDiamond

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 30, 2008
Messages
5,688
Reaction score
8
Points
65
masih ramai yg xcelik..la la la...tgk la rtm n tv3 byk lg,huhu
sedihnya aku org mcm ko msh ada..
tak celik2 lg dgn segala penipuan anwar dan geng..
 

khairulkaya

Fun Poster
Joined
Dec 9, 2006
Messages
619
Reaction score
0
Points
10
apsal lak DSAI yg nak kene berundur...
tuh parti dia sendiri tubuh...
korang yg 200 ekor nih lar patut berambus keluar...
buat parti sendiri kalau hebat sgt...
mang.kak btul lar... bang.ang nak mampuih!!!
:eek: :eek: :eek:
 

miecs

Super Active Member
Joined
Nov 12, 2009
Messages
5,486
Reaction score
355
Points
86
brapa UMNO bagi duit kat ko suh jadi ejen alamaya dia, wahai TT?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register